Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Monday 27 February 2012

Sepatutnya khutbah begini... :)

Pada Zaman Nabi saw,Nabi berkhutbah dengan bersemangat dgn mata yang kemerah-merahan. Tapi sekarang lagi 'hebat',penyakit itu telah banyak berjangkit pada para makmum,mata mereka juga kemerah-merahan ( mengantuk ).
Tapi,ada satu contoh khutbah yang hebat dan mantap,silakan tonton :D
http://www.youtube.com/watch?v=1NWPznDTtE0

Friday 17 February 2012

Nak sebar hadith pun salah ke ?

 " Mana awak tahu hadis ini palsu atau lemah ?" " Ni kan perkara baik,apa masalahnya ? Nabi saw menyuruh kita "sampaikanlah dariku walau satu ayat",apa masalah awak sebenarnya "? " Awak ni pakar dalam bidang hadith ke ?" "Hadith palsu pun,tapi ia mengandungi pengajaran yang baik" "Walaupun ni hadith palsu,ia tetap hadith jugak"“Saya cuma nak sebar hadith,salah ke?

Itu merupakan salah satu dialog yang menghujani saya apabila kita mula bertanyakan dari mana asal-usul hadith yang dibawakan.Sebenarnya ramai diantara kita,yang -Alhamdulillah- sukakan kebaikan dan suka pula menyebarkan kebaikan dengan penuh ikhlas dan  mengharap wajah Allah.

Namun terkadang,kerana kekurangan ilmu,serta perasaan semangat yang mendahului ilmu menjadikan kita gopoh dalam menyebarkan sesuatu.Begitu juga dengan hadith-hadith yang disangka hadith tetapi terkadang bukan hadith bahkan suatu pendustaaan terhadap Nabi saw.

Thursday 16 February 2012

Agama sering menjadi Mangsa

Inilah yang berlaku di seluruh dunia ‘berjubah agama’ tapi bertujuan sebaliknya. Orang-orang agama ini mendapat gaji dan berjubah yang jauh lebih hebat dari segala ulama yang terbilang dahulu, tetapi sekadar berperanan untuk membaca doa yang puitis untuk sang singgahsana dan mengeluarkan fatwa yang meredhakan penguasa dan raja. Kegerunan mereka kepada hilang jawatan lebih hebat dari kegerunan mereka membohongi hukum Tuhan.

Belajar daripada Steve Jobs

Mungkin ada yang mengatakan kita sebagai umat Islam berusaha mencari kejayaan akhirat. Kejayaan dunia adalah perkara-perkara duniawi yang melalaikan.
Tetapi cuba kita lihat zaman kegemilangan umat Islam dahulu. Mereka memang betul-betul mencari kejayaan akhirat, maka dunia benar-benar sujud di depan mereka. Maka mereka menguasai dunia dari segala aspek.
Kita? Adakah kita benar-benar mencari akhirat? Kenapa dunia masih belum sujud didepan kita? Renung-renungkan. Jangan kita menggunakan alas an mengejar akhirat dan meninggalkan dunia, tapi hakikatnya, kita tidak mengejar akhirat atau dunia. Kedua-duanya kita tinggalkan.

Wednesday 15 February 2012

Semak dahulu sebelum sebarkan sesuatu hadis

Apa jua khabar atau hadis yang diatasnamakan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak boleh sewenang-wenangnya diterima tanpa terlebih dahulu dipastikan status kesahihan atau kebenarannya. Ini bagi mengelakkan menyandarkan sesuatu kepada Nabi dengan cara prasangka, dusta, atau bohong yang mana telah kita ketahui setiap apa yang datang dari Nabi itu memberi nilai agama sama ada dari aspek aqidah, tauhid, hukum-hakam, akhlak, mu’amalah, dan sebagainya.

Dari itu, siapapun tidak boleh sesuka hati mengatakan sesuatu atas nama Nabi tanpa melalui cara yang benar.

Apa itu Zuhud ?

Apabila disebut tentang org yg zuhud,masyarakat akan terbayangkan seseorang yang berjubah putih,memegang tasbih,memakai serban dan jalan dengan menundukkan kepala. Ad juga yg membayangkan pakaian bercompang-camping,berjahit miskin dan menjauhkan diri drpd orang ramai. Adakah ini maksud orang yg zuhud yang sebenarnya ??

Aku Nak Jadi Wali Allah

Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata: “Apabila kalian melihat seseorang berjalan di atas air atau terbang di udara maka janganlah mempercayainya dan tertipu dengannya sehingga kalian mengetahui bagaimana dia dalam mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam.” (A’lamus Sunnah Al Manshurah hal. 193)

Himpunan 100 Hadis Palsu & Lemah, Oleh: Syaikh Ihsan bin Muhammad bin Ayis al-Utaibi

Alhamdulillah tamat himpunan 100 hadis palsu dan dhaif yang dikumpul Syaikh Ihsan al-Utaibi. Hadis-hadis palsu dan lemah bukanlah setakat 100 ini sahaja, masih terdapat banyak lagi yang berlegar-legar digunakan/disampaikan diluar sana. Maka seharusnya kita lebih bijak dan berhati-hati setiap kali berinteraksi dengan hadis-hadis Nabi. Mempelajari serba sedikit ilmu hadis tidaklah merugikan malah insyaAllah memberikan manfaat yang tidak ternilai selain 'mendekatkan' kita dengan Rasulullah s.a.w

Untuk apa anda menuntut ilmu agama ?

Kelahiran tokoh agama 'segera' yang mengajar agama di surau, masjid dan sebagainya tanpa mendalami ilmu-ilmu Islam dan disiplin setiap ilmu adalah berpunca dari niat ingin menzahirkan diri sekalipun mereka tidak layak. Sebahagian mereka sememangnya mempunyai sedikit pengajian agama. Namun niat ingin segera muncul di khalayak ramai menjadikan mereka tergesa-gesa menjadi guru orang ramai sebelum mereka menguasai ilmu. Maka lahir fatwa-fatwa yang menyanggahi kitab Allah dan sunnah RasululLah s.a.w.