Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Sunday 29 April 2012

Sebelum itu,muhasabah la dirimu terlebih dahulu...


Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Wednesday 25 April 2012

Al-quran di sisi orang Melayu....


 Setakat manakah kita benar-benar memahami hakikat sebenar kedudukan al-Quran disisi Islam dan bentuk-bentuk penghinaan al-Quran lainnya yang tidak kurang beratnya yang tidak kita sedari? Al-Quran bukanlah sebuah buku atau kitab yang keramat yang perlu disimpan di tempat-tempat tersembunyi, disimpan di tempat-tempat tertutup dan dipulaukan. Namun hakikatnya, al-Quran adalah pegangan paling utama umat Islam di setiap masa dan ketika. Al-Quran perlu difahami isi kandungannya dan dijadikan panduan kehidupan. Di dalamnya penuh dengan hikmah dan ilmu serta jalan petunjuk kepada kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Melalui al-Quran, ALLAH menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya yang perlu dilalui oleh manusia untuk menuju kehidupan yang terbaik dan bahagia. Namun itu tidak lagi diutamakan oleh umat Islam hari ini secara umumnya. Umat Islam hanya meletakkan al-Quran tidak lebih hanya sebagai perhiasan, bahan simpanan di penjuru-penjuru sudut rumah, bahan hantaran perkahwinan, pertandingan bacaan al-Quran, dan hanya diambil sedikit-sedikit sahaja daripada keseluruhannya (seperti surah Yaasiiin yang dibaca disetiap malam Jumaat).

Siapa berani menghalangmu drpd bertaubat ?

Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Siapa yg berani mencabar Maha Pengampun dan Maha Pengasih Allah ? 


Qada' dan Qadar

Persoalan qada' dan qadar.
Ramai orang bertanya,"Allah sudah menulis di Luh Mahfuz sama ada kita ini ahli neraka atau syurga,maka mengapa kita yang harus dipersalahkan atas perbuatan kita sekiranya kita masuk neraka sedangkan itu yang tercatit di Luh Mahfuz?"

Allah swt tidak boleh dibandingkan,dan pengetahuaanya sangat luas dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun untuk menjawab persoalan ini,m...ari kita buat satu analogi.

Pengetua sekolah telah meminta anda untuk menyenaraikan pelajar yang dijangka cemerlang dan pelajar yang dijangka gagal dalam suatu peperiksaan. Anda sbgai ketua kelas yang sudah masak dengan perangai pelajar2 dalam kelas pun menulis senarai itu.

Tup.. Tup.. Bila time result keluar,memang betul kesemua yang anda jangka gagal itu memang gagal. Maka,datang seorang pelajar yang gagal yang tidak berpuas hati dengan keputusannya untuk mengadu kepada anda.

"Cikgu,macam mana saya nak cemerlang kalau awal-awal lagi cikgu dah masukkan saya dalam senarai antara yang dijangka gagal ?. Kalau macam ini,takde gunalah saya berusaha nak jadi cemerlang."