Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Monday 30 September 2013

Menjawab Syubhat terhadap Syaikh al-Albani & "berguru dengan Syaitan

Bismillah, Alhamdulillah..wa ba'd.

1- Syubhat Pertama:

Berkenaan syubhat terhadap syaikh al-Muhaddith al-Albani (wafat 1999M) bahawa beliau tidak mempunyai guru langsung, ini adalah fitnah dan tidak benar.

Yang benar adalah beliau mempunyai guru, buktinya ialah Syaikh al-Albani memiliki ijazah hadith dari Syaikh Muhammad Raghib at-Tabbagh yang kepada beliau lah al-Albani ada mempelajari ilmu hadith, Syaikh al-Albani menjelaskan tentang ijazah beliau ini dalam kitab Mukhtasar al-‘Uluw (hal 72) dan Tahdzir as-Sajid (hal 63). Syaikh al-Albani juga memiliki ijazah hadith dari Syaikh Bahjatul Baytar (isnad hadith melalui jalan Imam Ahmad), sebagimana yang dijelaskan dalam buku Hayah al-Albani (biografi kehidupan Al-Albani) karangan Muhammad Asy-Syaibani.

Saturday 7 September 2013

Penanda Aras : Antara bodoh dan cerdik


PENANDA ARAS BODOH DAN CERDIK
30 April 2012 at 23:12


Oleh: Mohamad Sidik Rosli


Selalunya kita kerap atau cenderung untuk mengatakan sesuatu pihak itu bodoh dalam perkara atau isu tertentu kerana mereka tidak sependapat dengan kita dalam perkara tersebut yang mana ianya secara tidak langsung membawa maksud bahawa kita sebenarnya mahu mengatakan kita ini lebih pandai berbanding mereka.

Baik dalam apa-apa isu sekalipun, di sana sini pasti akan kedengaran pihak sini kata pihak sana bodoh, pihak sana kata pihak sini dungu, jumud dan sebagainya. Contohnya apabila satu pihak keluar berdemonstrasi, pihak yang tidak keluar berdemonstrasi mengatakan bahawa pihak yang berdemonstrasi itu bodoh, kerana mencari nahas dengan polis. Bodoh kerana membawa bersama-sama dengannya keluarga, anak-anak dan isteri mencari nahas dengan polis, sanggup telan asap dan gas pemedih mata semata-mata kerana mahu menjadi kuda tunggangan parti politik tertentu atas nama perjuangan.



Manakala di sebelah pihak demonstran pula, rakyat yang duduk rumah dan tidak keluar berdemonstrasi itu dianggap lebih bodoh dan dungu lagi kerana tidak mahu bangkit berjuang bagi menuntut dan mempertahankan hak-hak mereka yang telah diselewengkan oleh kerajaan kononnya, bodoh kerana membiarkan duit-duit mereka disamun kerajaan dan lain-lain lagi isu yang sedap, hangat serta hangit gegendang telinga mendengarnya. Justeru itu, mungkin sesuatu perkara itu bagi kita adalah bodoh, tapi bagi orang lain ianya adalah tersangatlah bijak. Manakala perkara-perakara yang dianggap bijak di negara kita berkemungkinan juga menjadi suatu perkara yang bodoh di negara-negara lain. Lawak bodoh itu pula berbeza tahap kebodohannya mengikut situasi, masa, tempat dan pelaku-pelakunya.