Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Wednesday, 28 November 2012

Wildan ( bidadara )

Adapun para wanita dunia…apakah mereka jika masuk surga akan mendapatkan bidadara sebagaimana para lelaki surga mendapatkan para bidadari??

Saturday, 24 November 2012

Ustaz Google

Saya pernah menulis di dalam status page Facebook saya (facebook.com/afiqmemuslim) sebelum ini berkenaan dengan orang-orang yang berkongsi sesuatu ilmu tetapi tanpa sedar telah menyebarkan hadis palsu. Bahananya sangat dahsyat dan dosanya sangat besar!

Alhamdulillah, ada seorang sahabat yang PM saya baru-baru ini berkongsikan pendapatnya mengenai budaya mencedok ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama dari Google. Saya tidak nafikan, bahkan di Facebook hari ini dibanjiri dengan ramai orang yang menyebarkan apa sahaja yang mereka temui di internet, sehinggakan tersebarnya hadis palsu, kisah palsu, israeliyyat dan bermacam lagi.

Saya sendiri tidak berapa pasti apakah pendekatan yang paling tepat bagi menangani permasalahan ini. Ini kerana di dalam suasana masyarakat hari ini yang 'super' sibuk dengan kehidupan masing-masing, kadang kala apabila mereka memerlukan sesuatu maklumat, mereka hanya mampu mencapai Google atau internet. Untuk menyekat mereka dari mencedok informasi ini dari Google atau Youtube adalah mustahil. Mungkin jalan terbaik adalah dengan menyediakan guidance untuk masyarakat awam yang tidak berlatar belakangkan pengajian agama.

Monday, 22 October 2012

Hukum muzik dalam Islam



Al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Thursday, 18 October 2012

Walaupun usahamu sedikit....... :)



KISAH NABI IBRAHIM: ANTARA BURUNG DAN CICAK

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’

Sunday, 2 September 2012

Paranoid Illuminati dan Freemanson


Perkongsian: Illuminati? Freemason? Paranoid?


Posted By Hilal Asyraf On December 17, 2010 @ 6:51 am In Cetusan, Motivasi, Tazkirah | 25 Comments


Kebelakangan ini, pengetahuan berkenaan Illuminati dan Freemason seakan-akan meledak ke dalam pengetahuan sebahagian besar kita. Lebih-lebih lagi selepas kemunculan rancangan The Arrivals yang popular di internet tidak lama dahulu.

Awalnya, saya nampak positif apabila semua jadi peka dengan pergerakan jahiliyyah. Nampak apabila semua mula sensitif dengan anasir-anasir jahiliyyah yang menular ke dalam kehidupan masyarakat, saya jadi rasa senang hati dengan perkembangan ini.

Sunday, 5 August 2012

9 Isu Mengenai Ramadhan Menurut Sheikh Dr Yusof Al-Qardhawi...

9 Isu Mengenai Ramadhan Menurut Sheikh Dr Yusof Al-Qardhawi...

1. ADAKAH boleh ditetapkan awal Ramadhan melalui kiraan falak?


Dr. Yusof al-Qardhawi menyetujui pandangan Imam Taqiyuddin al-Subki, salah seorang ulama’ mazhab Syafie yang mengatakan bahawa apabila kiraan falak menyatakan kemustahilan dilihat anak bulan dengan pandangan mata, maka persaksian sesiapa yang mendakwa melihat anak bulan akan ditolak.

Wednesday, 1 August 2012

Apa yang Nabi Tidak Buat


Helah yang masyhur di kalangan mana-mana orang yang menyokong bid’ah adalah: “Apa yang Nabi tidak buat, tidak semestinya kita tidak boleh buat.” Mereka juga berkata: “Nabi tak buat tetapi tak kata jangan buat.” Mereka menambah: “Asalkan ada anjuran dari al-Qur’an dan hadis maka kita boleh melakukannya.”
Sesungguhnya helah-helah di atas atau apa-apa yang seumpama merupakan kesalahan yang amat parah. Ia merupakan bukti jelas bahawa yang mengatakan sedemikian ialah orang-orang yang tidak faham sunnah dan tidak mengerti kaedah usul di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.
Sebenarnya apa yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak buat, yakni apa yang baginda tinggalkan, terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:[1]