Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Wednesday, 17 July 2013

Menggunakan nama Kunyah adalah Sunnah.

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat


Kun-yah adalah setiap nama yang dimulai baik dalam sebutan panggilan atau tuisan dengan Abu Fulan atau Abu Fulanah bagi laki-laki. Contohnya seperti : Abu Abdillah (dari nama Abdullah), Abu Unaisah (kun-yahnya penulis). Dn Ummu Fulan atau Ummu Fulanah bagi perempuan. Contoh seperti : Ummu Abdillah atau Ummu Unaisah.

Sunday, 16 June 2013

Hadith daif adalah hadith palsu

Hadith Maudhu'(Palsu) itulah Dha'if !!

Kebelakangan ini saya melihat satu fenomena menyedihkan tersebar dikalangan awam, ianya merisaukan saya, iaitu fenomena si jahil membela hadith Palsu dengan kejahilannya seterusnya mengelirukan orang awam yang juga jahil. Lebih menyedihkan ialah apabila si jahil itu dinobatkan dengan gelaran ustaz, bahkan muncul pula di kaca TV dan radio, buku-bukunya dicetak dan dijual, kuliah-kuliahnya dirakam dan dijual dalam VCD dan DVD.

Teknik si jahil membela hadith Palsu ini biasanya dia akan berhujah dengan membuktikan seolah-olah status sesuatu hadith itu terdapat perselisihan antara ulama hadith, sesetengah menilainya Palsu dan sesetengah pula menilainya Dha'if sahaja.

Si jahil ini akan membawa kalam-kalam para ulama yang menyatakan hadith itu sebagai "Tidak Sahih", "Cacat", "Dha'if" atau apa-apa sahaja lafaz lemah bagi hadith asalkan bukan lafaz yang menunjukkan hadith itu palsu seperti "Maudhu'", "Batil", atau "Tiada Asalnya".

Setelah si jahil membawa kalam-kalam itu, dia pun mula beretorik, katanya: "lihatlah ramai ulama yang menilainya hanya sekadar Dha'if, bukannya Maudhu' (Palsu)!". Tidak cukup sekadar itu, si jahil akan terus beretorik dengan berkata: "hadith ini hanyalah Dha'if bukannya Palsu, ianya masih lagi hadith maka boleh beramal dengannya".

Melihat kata-kata si jahil ini maka orang awam yang juga jahil kerana tidak mendalami ilmu hadith akan mudah mempercayai dakwaan si jahil itu. Maka berlakulah tindak balas jahil ke atas jahil membentuk jahil kuasa dua, terkadang merebak menjadi jahil kuasa tiga, kuasa empat,  kuasa lima dan seterusnya

Namun hakikat sebenarnya bagi hadith itu tidak wujud sebarang perselisihan pun di kalangan ulama. Hanya di mata si jahil sahaja zahirnya akan kelihatan terdapat perselisihan, namun bagi mereka yang mahir ilmu hadith tidak akan nampak sebarang perselisihan pun yang berlaku. Benarlah kata pepatah Inggeris: " The eyes do not see what the mind does not know " yang bermaksud: "Mata tidak dapat melihat apa yang minda tidak tahu".

Kenapakah kita katakan sebenarnya tiada sebarang perselisihan? ini kerana hadith Maudhu' (Palsu) itu sebenarnya termasuk dalam ketegori hadith Dha'if (Lemah), iaitu jenis Dha'if yang paling teruk. Dalam ilmu mustolah(istilah) hadith, secara umumnya hadith Dha'if terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1- Dha'if Khafif (Ringan Lemahnya)

2- Dha'if Syadid (Kuat Lemahnya)

3- Dan juga Maudhu' (Palsu).

Kesemua 3 jenis ini terolong dalam ketegori hadith-hadith Dha'if, hanya saja martabatnya berbeza-beza. Hadith Dha'if dari jenis Dha'if Khafif inilah yang dimaksudkan oleh para ulama sebagai Dha'if yang boleh dibuat amal dalam fadhail tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat antaranya:

1- Tidak menyandarkannya kepada Nabi SAW, tidak menyatakan ia adalah sunnah Nabi

2- Tidak menyebar luas amalan itu hingga mengelirukan awam, hingga orang awam menyangka amalan itu adalah sunnah.

3- Amalan itu mestilah mempunyai asalnya dari nas-nas Sahih lain, sama ada dari nas hadith Sahih, atau nas al-Qur'an, atau amalan Sahabat Nabi.

Manakala hadith-hadith Dha'if dari jenis Dha'if Syadid dan juga Maudhu' tidak boleh sama sekali dibuat amalan dalam fadhail. Sesetengah ulama hadith apabila menilai sesuatu hadith yang Tidak Sahih, terkadang mereka akan hanya menyebutnya sebagai Dha'if tanpa memperincikan martabat Dha'ifnya. Maka Dha'if yang mereka sebutkan itu boleh tergolong dalam salah satu daripada 3 jenis di atas, ia boleh bermaksud Dha'if Khafif, Dha'if Syadid dan boleh juga boleh bemaksud Maudhu'.

Oleh itu apabila kita melihat seseorang ulama menilai sesuatu hadith sebagai Dha'if sedangkan ulama lainnya menilainya sebagai Maudhu', apatah lagi apabila dikaji sanadnya terbukti dalam sanadnya terdapat perawi yang berdusta atau qarain(petunjuk) bahawa dia berdusta, maka sebenarnya Dha'if yang dimaksudkan ulama itu adalah bermaksud Maudhu' bukannya Dha'if Khafif atau Dha'if Syadid.

Kerana itu ramai ulama menasihatkan, orang awam yang menjumpai satu hadith yang dinyatakan oleh ulama hadith sebagai Dha'if, dia masih tidak boleh beramal dengan hadith Dha'if tersebut secara sendiri-sendiri tanpa merujuk kepada para ulama hadith terlebih dahulu, kerana perkataan Dha'if oleh ulama itu boleh terdiri daripada 3 jenis Dha'if iaitu Dha'if Khafif, Dha'if Syadid atau Maudhu'. Hanya hadith Dha'if Khafif sahaja yang boleh dibuat amal dalam fadhail dan hanya ulama sahaja yang mengetahui sama ada hadith itu adalah Dha'if Khafif atau Dha'if Syadid atau Maudhu' (iaitu jenis Dha'if yang paling teruk).

Maka berhati-hatilah, usah terpedaya dengan tipu daya si jahil yang membela hadith Palsu ini, usah biarkan kejahilannya mempengaruhi kita. Moga Allah menetapkan kita dalam hidayah sunnah Rasul dan KitabNya. Moga penjelasan ringkas ini bermanfaat untuk dijadikan panduan sesiapa yang membacanya.


Allahua'lam,
Fathi Al-Sakandary
24/9/12

Tuesday, 26 March 2013

Ikhtilat ( Pergaulan antara lelaki dgn perempuan )

Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan) sering berlaku di mana-mana sama ada dalam menuntut ilmu, bergerak kerja berorganisasi, bidang pekerjaan, bersosial dengan masyarakat.

Namun, masih ramai yang keliru dengan hukum sebenar dan batasan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Ada ulama’ yang berpandangan bahawa ia haram, ada juga yang mengatakan bahawa ia harus.

Bersesuaian dengan zaman yang semakin mendepani cabaran ini, lebih sesuai kita mengambil hukum ikhtilat sebagai harus selagi mana kita mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana yang difatwakan oleh ulama’ kontemporari, Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi.

Belitan Iblis di sebalik button 'like'

Credit to : Muhammad Nasri

"Assalamualaikum saudara seagamaku dan laknat Allah keatas Iblis dan para pengikutnya.


Antara tipu daya syaitan yang licik kepada pendakwah alam maya terutamanya di facebook ialah apabila pendakwah itu menulis sesuatu , hatinya akan runsing tentang nilai like yang dia perolehi. Walaupun mungkin pada mulanya niatnya ikhlas dalam menulis nota namun syaitan itu memasukkannya ke dalam perangkap tanpa dia sendiri sedari. Lalu jarinya ligat menekan butang refresh untuk melihat jumlah like terkini. Apabila bilangan likenya itu banyak, maka dia bergembira. Gembiranya bukan kerana ilmu itu dimanfaatkan oleh orang ramai lalu dia mendapat pahala di atasnya, namun dia gembira kerana dirinya terpandang dan dipuji. Lalu hatinya berkata ' Barulah rakan-rakanku tahu bahawa aku ini mempunyai bakat dalam penulisan agama

Saturday, 2 February 2013

Manhaj Talaqqi As-Sunnah

Pengertian Manhaj Talaqqi 

Kata Manhaj secara bahasa bererti jalan yang lurus dan jelas. Sedangkan secara istilah adalah, cara
(teknik) atau jalan (metode) yang membawa kepada pengenalan terhadap hakikat kebenaran yang ada
di dalam berbagai ilmu melalui media iaitu kaedah-kaedah umum yang mengarahkan (meluruskan) alur
pemikiran dan yang mengatur proses berfikir hinggasampai pada hasil tertentu. Dengan istilah lain, ia adalah Qanun (undang-undang) atau kaedah (landasan) yang mengatur setiap usaha studi
ilmiah di bidang apa saja.

Sedangkan kata Talaqqi bererti menerima dan mengambil. Dikatakan dalam bahasa Arab : “Ia mengambil ilmu dari fulan”. Maka istilah Manhaj Talaqqi bererti metod pengambilan
Aqidah.
Dan biasanya disebut secara lengkap “Manhaj Talaqqi Wa Istidlal” yang bererti metod pengambilan aqidah dan berargumentasi.

Wednesday, 28 November 2012

Wildan ( bidadara )

Adapun para wanita dunia…apakah mereka jika masuk surga akan mendapatkan bidadara sebagaimana para lelaki surga mendapatkan para bidadari??

Saturday, 24 November 2012

Ustaz Google

Saya pernah menulis di dalam status page Facebook saya (facebook.com/afiqmemuslim) sebelum ini berkenaan dengan orang-orang yang berkongsi sesuatu ilmu tetapi tanpa sedar telah menyebarkan hadis palsu. Bahananya sangat dahsyat dan dosanya sangat besar!

Alhamdulillah, ada seorang sahabat yang PM saya baru-baru ini berkongsikan pendapatnya mengenai budaya mencedok ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama dari Google. Saya tidak nafikan, bahkan di Facebook hari ini dibanjiri dengan ramai orang yang menyebarkan apa sahaja yang mereka temui di internet, sehinggakan tersebarnya hadis palsu, kisah palsu, israeliyyat dan bermacam lagi.

Saya sendiri tidak berapa pasti apakah pendekatan yang paling tepat bagi menangani permasalahan ini. Ini kerana di dalam suasana masyarakat hari ini yang 'super' sibuk dengan kehidupan masing-masing, kadang kala apabila mereka memerlukan sesuatu maklumat, mereka hanya mampu mencapai Google atau internet. Untuk menyekat mereka dari mencedok informasi ini dari Google atau Youtube adalah mustahil. Mungkin jalan terbaik adalah dengan menyediakan guidance untuk masyarakat awam yang tidak berlatar belakangkan pengajian agama.