7 December 2013 at 22:48 Oleh Saifuddin Hamizan
Diantara sebab atau faktor yang mencetuskan salah faham masyarakat terhadap hukum bid'ah ialah mereka dikelirukan oleh sebahagian agamawan 'pendusta' yang tidak memberitahu garis panduan dalam tasawwur ( gambaran ) atau denfinisi atau 'guide line' dalam sesuatu bab sebelum pergi membahaskan satu bab fikah yang lain seperti isu yasinan jumaat dan sebagainya. Mereka ini kalau menulis risalah atau buku terus melangkah isu furu' ( cabang ) namun mengabaikan bab takrifan ataupun panduan kaedah fiqh dalam hal yang berkaitan dengan bid'ah lalu munculnya salah faham dikalangan orang awam tentang konsep bid'ah sehingga mereka sering berhujah dengan hujah yang masyur iaitu antaranya :
"Apakah dalil kamu untuk melarang perbuatan sekian ? Kalau tiada dalil jangan sibukkan diri untuk menghalang orang lain buat benda baik !"
Atas ketidak jujuran para ustaz dalam menyingkapi maksud bid'ah natijahnya lahir pemikiran sebegini dikalangan masyarakat islam, inilah jenayah ilmiyah yang telah dilakukan ke atas ilmu agama ini, inilah sejahat-jahat dakyah yang berjaya diterapkan sebagaimana kaum yahudi yang mentahrif ( mengubah-ubah ) syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam perkara ta'abbud ( hubungan insan dengan tuhan ) .