Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Friday 14 March 2014

Menurut pandanganku......

Realiti kalau nak menuntut ilmu agama pada masa kini : 
Banyak bercerita tentang fiqh2 yang tidak praktikal, cerita2 karut, belum cerita lagi sumber2nya yang tidak sahih dan diragui. 
Ada juga mencari agama untuk sekadar berhibur dan ketawa je.
Agama hanya bersifat upacara dan perayaan sahaja.
Agama diguna untuk melariskan jualan dan perniagaan.

Ditambah pula dengan golongan agamawan yang mengekslusifkan agama untuk diri mereka sahaja, menjumudkan masyarakat persepsi dengan negatif kalau nak belajar agama :
"kena belajar berdepan dengan guru, awak bukan dalam bidang agama, awak bukan ustaz/ustazah, belajar dari internet/buku macam belajar dengan syaitan, awak tiada ijazah/sanad nak bercakap dalam agama dan mcm2 lagi."

Masalahnya apabila berhadapan isu2 semasa, realiti dan moden umat Islam kini, dari golongan musuh2 islam, orang yang murtad, atheis, kristian, syiah,kuffar dan golongan2 intelektual saintis yang cuba mencari lubang2 kelemahan dalam Islam, kita buntu dan tak tahu nak jawab apa. Kalau jawab pun tak kukuh dan tidak menyakinkan.
Kita bukan sahaja memerlukan jawapan dari sudut agama, tapi dari sudut golongan profesional dan sains juga.

Oleh itu, Tingkatkan ilmu Islam yang kritis dan intelektual bermula dari peringkat universiti lagi, tanpa mengira apa bidang anda ceburi sekalipun. Kalau anda boleh critical thinking dalam bidang dunia, mengapa tidak guna critical thinking itu dalam urusan agama.
Agama itu terletak pada disiplin, prinsip dan fact and figure.

- Learning from Dr. Asri and Dr. Zakir Naik-

Wednesday 5 March 2014

Cara Mudah memahami isu bidaah : By Muhammad Nasri

Teknik Pantas Memahami Isu Bid'ah.

3 March 2014 at 03:49
[ Diulang dari nota saya beberapa tahun lepas ]

Kita Soal: Adakah manusia di zaman Muhammad SAW tahu apa yang Allah mahu mereka lakukan tanpa menerima khabar dari baginda?

Mereka Jawab: Tidak mungkin. Kerana hanya Rasulullah berhubung dengan Allah.

Kita Soal: Adakah manusia di zaman Rasulullah SAW tahu cara untuk menyembah Allah tanpa belajar cara dan fadhilatnya dari Rasulullah?

Mereka Jawab: Itu tidak mungkin.

Kita Soal: Adakah Rasulullah SAW mencipta sendiri cara ibadat ritual atau diajarkan oleh Allah kepadanya?

Mereka Jawab: Tak pasti ( Tak pasti itulah punca penyakit Bid'ah. Ramai Melayu akan keliru untuk soalan ini ).

Saturday 7 December 2013

Asal Dalam Ibadah Itu Haram, Bukan Sebaliknya



7 December 2013 at 22:48 Oleh Saifuddin Hamizan


Diantara sebab atau faktor yang mencetuskan salah faham masyarakat terhadap hukum bid'ah ialah mereka dikelirukan oleh sebahagian agamawan 'pendusta' yang tidak memberitahu garis panduan dalam tasawwur ( gambaran ) atau denfinisi atau 'guide line' dalam sesuatu bab sebelum pergi membahaskan satu bab fikah yang lain seperti isu yasinan jumaat dan sebagainya. Mereka ini kalau menulis risalah atau buku terus melangkah isu furu' ( cabang ) namun mengabaikan bab takrifan ataupun panduan kaedah fiqh dalam hal yang berkaitan dengan bid'ah lalu munculnya salah faham dikalangan orang awam tentang konsep bid'ah sehingga mereka sering berhujah dengan hujah yang masyur iaitu antaranya :

"Apakah dalil kamu untuk melarang perbuatan sekian ? Kalau tiada dalil jangan sibukkan diri untuk menghalang orang lain buat benda baik !"

Atas ketidak jujuran para ustaz dalam menyingkapi maksud bid'ah natijahnya lahir pemikiran sebegini dikalangan masyarakat islam, inilah jenayah ilmiyah yang telah dilakukan ke atas ilmu agama ini, inilah sejahat-jahat dakyah yang berjaya diterapkan sebagaimana kaum yahudi yang mentahrif ( mengubah-ubah ) syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam perkara ta'abbud ( hubungan insan dengan tuhan ) .

Monday 30 September 2013

Menjawab Syubhat terhadap Syaikh al-Albani & "berguru dengan Syaitan

Bismillah, Alhamdulillah..wa ba'd.

1- Syubhat Pertama:

Berkenaan syubhat terhadap syaikh al-Muhaddith al-Albani (wafat 1999M) bahawa beliau tidak mempunyai guru langsung, ini adalah fitnah dan tidak benar.

Yang benar adalah beliau mempunyai guru, buktinya ialah Syaikh al-Albani memiliki ijazah hadith dari Syaikh Muhammad Raghib at-Tabbagh yang kepada beliau lah al-Albani ada mempelajari ilmu hadith, Syaikh al-Albani menjelaskan tentang ijazah beliau ini dalam kitab Mukhtasar al-‘Uluw (hal 72) dan Tahdzir as-Sajid (hal 63). Syaikh al-Albani juga memiliki ijazah hadith dari Syaikh Bahjatul Baytar (isnad hadith melalui jalan Imam Ahmad), sebagimana yang dijelaskan dalam buku Hayah al-Albani (biografi kehidupan Al-Albani) karangan Muhammad Asy-Syaibani.

Saturday 7 September 2013

Penanda Aras : Antara bodoh dan cerdik


PENANDA ARAS BODOH DAN CERDIK
30 April 2012 at 23:12


Oleh: Mohamad Sidik Rosli


Selalunya kita kerap atau cenderung untuk mengatakan sesuatu pihak itu bodoh dalam perkara atau isu tertentu kerana mereka tidak sependapat dengan kita dalam perkara tersebut yang mana ianya secara tidak langsung membawa maksud bahawa kita sebenarnya mahu mengatakan kita ini lebih pandai berbanding mereka.

Baik dalam apa-apa isu sekalipun, di sana sini pasti akan kedengaran pihak sini kata pihak sana bodoh, pihak sana kata pihak sini dungu, jumud dan sebagainya. Contohnya apabila satu pihak keluar berdemonstrasi, pihak yang tidak keluar berdemonstrasi mengatakan bahawa pihak yang berdemonstrasi itu bodoh, kerana mencari nahas dengan polis. Bodoh kerana membawa bersama-sama dengannya keluarga, anak-anak dan isteri mencari nahas dengan polis, sanggup telan asap dan gas pemedih mata semata-mata kerana mahu menjadi kuda tunggangan parti politik tertentu atas nama perjuangan.



Manakala di sebelah pihak demonstran pula, rakyat yang duduk rumah dan tidak keluar berdemonstrasi itu dianggap lebih bodoh dan dungu lagi kerana tidak mahu bangkit berjuang bagi menuntut dan mempertahankan hak-hak mereka yang telah diselewengkan oleh kerajaan kononnya, bodoh kerana membiarkan duit-duit mereka disamun kerajaan dan lain-lain lagi isu yang sedap, hangat serta hangit gegendang telinga mendengarnya. Justeru itu, mungkin sesuatu perkara itu bagi kita adalah bodoh, tapi bagi orang lain ianya adalah tersangatlah bijak. Manakala perkara-perakara yang dianggap bijak di negara kita berkemungkinan juga menjadi suatu perkara yang bodoh di negara-negara lain. Lawak bodoh itu pula berbeza tahap kebodohannya mengikut situasi, masa, tempat dan pelaku-pelakunya.

Thursday 15 August 2013

Amalan sedekah al-fatihah kepada orang mati

Soal Jawab

Saya ingin bertanya....adakah bacaan al-fatihah yg ingin kita sampaikan kepada yg telah meninggal dunia sampai dan diterima oleh mereka?Terima kasih.

Friday 2 August 2013

Sunnah Berhari Raya

By : Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.