Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Wednesday 5 March 2014

Cara Mudah memahami isu bidaah : By Muhammad Nasri

Teknik Pantas Memahami Isu Bid'ah.

3 March 2014 at 03:49
[ Diulang dari nota saya beberapa tahun lepas ]

Kita Soal: Adakah manusia di zaman Muhammad SAW tahu apa yang Allah mahu mereka lakukan tanpa menerima khabar dari baginda?

Mereka Jawab: Tidak mungkin. Kerana hanya Rasulullah berhubung dengan Allah.

Kita Soal: Adakah manusia di zaman Rasulullah SAW tahu cara untuk menyembah Allah tanpa belajar cara dan fadhilatnya dari Rasulullah?

Mereka Jawab: Itu tidak mungkin.

Kita Soal: Adakah Rasulullah SAW mencipta sendiri cara ibadat ritual atau diajarkan oleh Allah kepadanya?

Mereka Jawab: Tak pasti ( Tak pasti itulah punca penyakit Bid'ah. Ramai Melayu akan keliru untuk soalan ini ).


Kita Ulas Kembali:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىإِنْ هُوَ إِلا وَحْيٌ يُوحَى

"Dan tidak sekali-kali ( Muhammad ) berkata mengikut kehendak dan perasaan sendiri. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)"

An Najm : Ayat 3-4

وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ 

Seandainya dia (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.

Al-Haqqah : Ayat 44-46


Maka jelaslah bahawa Rasulullah SAW tidak melakukan ibadah ritual melainkan apa yang diajarkan oleh Allah SWT kepadanya. Kesimpulannya Rasulullah SAW adalah pengamal ritual seperti kita dan bukannya pencipta ritual.

( Pihak lawan wajib bersetuju Rasulullah SAW tidak mencipta ritual ibadah selepas dibacakan dalil )

Kita bertanya kembali: Adakah Rasulullah SAW mengubah atau menambah cara ibadat yang diajarkan oleh Allah kepada baginda ?

Mereka menjawab: Sudah tentu tidak kerana setiap ibadat ritual yang dilakukan oleh Nabi SAW pasti diajar oleh Allah SWT kepada baginda.

Kita mengulas: Ya betul, kerana Rasulullah SAW hanya pengamal ibadat ritual dan bukannya pencipta ritual. Ia diajarkan oleh Allah SWT kepada baginda. Kemudian cara ibadat itu diajarkan oleh baginda kepada para sahabat. Secara faktanya Rasulullah SAW dan para sahabat sendiri tidak berani mengubah dan menokok tambah ibadah khas namun mengapa kita berani melakukannya ?

Sebelum kewafatan baginda, baginda ada mewasiatkan satu peringatan yang penting tentang Bid'ah.

Bacakan pada mereka hadith wasiat terakhir dari Irbadh Bin Sariyah RA:

“Aku wasiatkan agar kalian bertaqwa kepada Allah, dan hendaknya kalian mendengar dan taat walaupun yang memerintah kalian adalah seorang budak (hamba sahaya), kerana sesungguhnya barangsiapa yang masih hidup sepeninggalan aku, maka dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kalian (ketika melihat perselisihan itu ) berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa’ur rasyidin Al-Mahdiyin sepeninggalku, peganglah erat-erat dengan keduanya, gigitlah ia (sunnah-sunnah itu) dengan gigi-gigi gerahammu, dan hati-hatilah kalian dari perkara yang diada-adakan dalam agama, setiap yang diada-adakan itu adalah Bid'ah dan setiap Bid'ah itu adalah sesat."

[ Diriwayatkan oleh Ibn Hibban jilid 1 dgn sanadnya Sahih. Dipersetujui kesahihannya oleh Tirmizi, Hakim dan Az Zahabi. Namun ada juga diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dengan matan yang sedikit berbeza dgn sanadnya Hasan Sahih. ]

Perhatikan poin penting berikut:

"................. kerana sesungguhnya barangsiapa yang masih hidup sepeninggalan aku, maka dia akan melihat perselisihan yang banyak......................setiap yang diada-adakan itu adalah Bid'ah dan setiap Bid'ah itu adalah sesat." 

Dari hadith di atas ini dua ayat itu boleh dikaitkan satu sama lain. Amat menarik mengapa Rasulullah SAW terus melompat dari kes perselisihan kepada kes Bid'ah. Ini tidak lain tidak bukan perselisihan yang berlaku pada hari ini berpunca dari Bid'ah dan 72/73 golongan yang sesat itu semuanya pasti merupakan Ahli Bid'ah. Hanya 1 golongan sahaja yang selamat iaitu yang mengikuti Islam yang tulen seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan difahami oleh generasi Salafussoleh.

Ada juga mereka yang beralasan bahawa guru mereka yang kononnya bertahap wali bermimpi mendapat cara baru ibadat tertentu. Kita katakan bahawa mimpi dari wali itu ( kononnya wali ) tidak ada apa-apa nilainya ( mimpi dari syaitan) kerana agama telah sempurna sebelum kewafatan Rasulullah SAW dan tidak ada apa lagi yang perlu ditambah. Dalilnya:

Allah berfirman: “ Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku lengkapkan bagi kamu nikmat-Ku. Dan Aku redha Islam itu menjadi agama bagi kamu”. (Al-Maidah 3)

Insyaallah, selesai Tauhid Uluhiyyah dan tidak akan terus melakukan Bid'ah jika seseorang benar-benar memahaminya dengan jelas melainkan orang yang di dalam hatinya ada penyakit sombong.

'Study case' pemahaman Ulama Mazhab tentang bid'ah:

1) Imam Syafie di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz. 2. hlm. 146 – 147,  berfatwa :

“ Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.

2) Imam Nawawi berkata dalam kitab Al Azkarnya : “Ketahuilah sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a adalah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya.Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. ( Kemudian Imam Nawawi memetik ) Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata : “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225- 226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali).

3) Sufyan bin ‘Uyainah mengatakan: Saya mendengar Malik bin Anas rahimahullahu didatangi seseorang yg bertanya: Wahai Abu ‘Abdillah dari mana saya harus melakukan ihram {untuk haji atau ‘umrah}? Imam Malik mengatakan: Dari Dzul Hulaifah. Dari tempat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam berihram. Orang itu berkata: Saya ingin berihram dari Masjid dekat kuburan beliau. Imam Malik mengatakan: Jangan. Saya khawatir kamu tertimpa fitnah. Orang itu berkata pula: Fitnah apa? Bukankah saya hanya sekedar menambah beberapa mil saja? Imam Malik menegaskan: Fitnah apalagi yg lbh hebat dari sikapmu yg menganggap engkau telah mengungguli Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam mendapatkan keutamaan di mana beliau telah menetapkan demikian sementara kau menambahnya? Dan saya mendengar firman Allah Ta’ala :فليحذر الذين يخالفون عن أمره أن تصيبهم فتنة أو يصيبهم عذاب أليم  Maka hendaklah orang-orang yg menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yg pedih.  [ Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Imam Al Baihaqi ]

4)  Fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya. Perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha).

" Siapa yang diberi pentunjuk oleh Allah SWT, maka tidak ada siapa yang mampu menyesatkannya. Siapa yang disesatkan oleh Allah SWT, tidak ada siapa yang mampu memberikan petunjuk kepadanya"

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment