Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Thursday 18 October 2012

Walaupun usahamu sedikit....... :)



KISAH NABI IBRAHIM: ANTARA BURUNG DAN CICAK

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’


Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”



Komen Al-Ahkam.net



Tersebut kisah mengenai burung layang-layang yang melihat Nabi Ibrahim di bakar lalu mengambil air di paruhnya lalu dicurahkan keatas unggun api tersebut. Walaupun dia tahu bahawa perbuatannya tidak akan dapat memadamkan api tersebut, namum dia berusaha ingin menegakkan kebenaran. Cerita ini secara tersendiri tidak dapat dikesan kesahihannya. wallahu'alam.

Begitu juga didalam cerita yang menceritakan bahawa burung-burung turut menangis tanda protes diatas peristiwa Nabi Ibrahim as di bakar. Terdapat seekor burung yang paling lemah dikalangannya telah terbang menuju kepada Nabi Ibrahim as. dan dihalang oleh Malaikat. Lalu burung tersebut berkata: Tidakkah engkau tahu bahawa sahabat Allah sedang dibakar. Walaupun aku tidak dapat menyelamatkannya, aku ingin menunjukkan simpatiku dengan bersama beliau didalam api.

Namun demikian, kisah Nabi Ibrahim as. dibakar ini dapat dilihat didalam kitab-kitab tafsir dengan merujuk kepada ayat 69 Surah al-Anbiya'. Ibn Kathir rh. didalam kitabnya Tafsir al-Quran al-Azhim (Jilid 3/225) menjelaskan bahawa semua binatang-binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as. kecuali cicak, sebagaimana hadith riwayat Ibn Hatim, dari A'isyah ra. bahawa Rasulullah "Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim..." [Lihat juga Tafsir al-Munir, Wahbah al-Zuhaili, 9/93].

Riwayat ini menunjukkan bahawa setiap makhluk dimuka bumi ini, termasuk binatang, yang beriman dengan Allah swt dan Nabinya Ibrahim, telah cuba berikhtiar menyelamat Nabinya. Yakin diatas kebenaran yang dibawa oleh Ibrahim, dan kekalutan serta kezaliman yang dibawa oleh Namrud, mereka berusaha memadamkan api tersebut, walaupun pada hakikatnya mereka tidak berupaya memadamkannya. Usaha kearah menegakkan kebenaran ini walau sedikit pengorbanannya, mempunyai impak yang bernilai apabila kita bertemu Allah swt dihari Kiamat kelak. WA.

No comments:

Post a Comment