Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Monday 25 June 2012

Neraca menilai kesahihan

Sejak akhir2 ini,banyak tersebar hadith yang tidak diketahui asal usulnya,dari internet boleh,dari pak cik google pun boleh,dari surat khabar,majalah,surat berantai,email,sms n banyak lagi la. Sejak bila pulak sumber2 ini menjadi kitab rujukan hadith umat Islam ? = =

Dari mana datangnya semua riwayat kelebihan dan fadhilat ini ? Apabila kita berbicara mengenai kelebihan dan fadhilat amal,perkara2 ghaib dan perkara samiyyat semua ini,ia mestilah datang sama ada daripad al-quran atau hadith,kerana kesemua fadhilat ini Allah yang berikan,dan Allah hanya menyampaikan berita2 gembira tentang fadhilat2 ini melalui quran dan hadith sahaja.

Kalau bukan al-quran atau hadith,ada dua je kemungkinan,sama ada kita mengakui pembawa berita ini nabi atau dia telah terima wahyu daripada malaikat jibril


Adakah ianya daripada hadith ? Jika ia mana rujukannya ? adakah ianya sahih,hasan,daif,hasan atau palsu ? Kalau tak tau tapi sebarkan hukumnya ? Ibn Hibban pernah membuat satu bab fasal masuk ke dalam neraka kepada sesiapa yang menyebarkan hadith palsu tapi tidak tahu status hadith tersebut.

.Kalau tak tahu status kelebihan,diam dan jangan sebarkan. Kalau mampu semak,atau bertanya kepada orang yang lebih berilmu. Ingatlah pesan nabi,barangsiapa berdusta atas namaku maka siaplah tempatnya di dalam neraka.

Bukan nak menafikan fadhilat atau azab yang mereka peroleh,sudah tentu Allah swt memberikan ganjaran yang banyak kepada mereka. Namun apabila berbicara mengenai agama,kita perlulah lebih berdisipiln dalam meneliti setiap perkara yang disandarkan kepada agama. Belajarlah sejarah apabila agama yahudi dan nasrani rosak kerana berlakunya penyelewangan dan tokok tambah.

Agama ini telah sempurna,ia bukanlah ditetapkan dengan baik buruk dengan neraca akal manusia,tapi agama ni apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul. Berpadalah dengan semua hadith2 sahih dan hasan yang telah dikumpul dan diteliti oleh para ulama',tak perlu nak create benda baru lagi.

Wallaha'alam.

No comments:

Post a Comment