Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Wednesday 25 April 2012

Al-quran di sisi orang Melayu....


 Setakat manakah kita benar-benar memahami hakikat sebenar kedudukan al-Quran disisi Islam dan bentuk-bentuk penghinaan al-Quran lainnya yang tidak kurang beratnya yang tidak kita sedari? Al-Quran bukanlah sebuah buku atau kitab yang keramat yang perlu disimpan di tempat-tempat tersembunyi, disimpan di tempat-tempat tertutup dan dipulaukan. Namun hakikatnya, al-Quran adalah pegangan paling utama umat Islam di setiap masa dan ketika. Al-Quran perlu difahami isi kandungannya dan dijadikan panduan kehidupan. Di dalamnya penuh dengan hikmah dan ilmu serta jalan petunjuk kepada kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Melalui al-Quran, ALLAH menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya yang perlu dilalui oleh manusia untuk menuju kehidupan yang terbaik dan bahagia. Namun itu tidak lagi diutamakan oleh umat Islam hari ini secara umumnya. Umat Islam hanya meletakkan al-Quran tidak lebih hanya sebagai perhiasan, bahan simpanan di penjuru-penjuru sudut rumah, bahan hantaran perkahwinan, pertandingan bacaan al-Quran, dan hanya diambil sedikit-sedikit sahaja daripada keseluruhannya (seperti surah Yaasiiin yang dibaca disetiap malam Jumaat).


Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".(Surah al-furqan,ayat 27-30 )

GAYA pemikiran umat Islam di Malaysia perlu diubah kepada kefahaman Islam sebenar berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Bagi konteks negara kita sekarang, al-Quran dilihat hanya berperanan untuk beberapa kegunaan saja, seperti;

Pertama; untuk dilagukan pada pertandingan musabaqah Tilawah al-Quran,
Kedua; dibaca untuk ritual keagamaan pada malam tertentu di masjid dan surau di seluruh negara,
Ketiga; digunakan untuk menghalau hantu syaitan yang mengganggu manusia atau untuk mengubati sihir.
Keempat; menjadi suatu sukatan pelajaran yang perlu dibaca dan dihabiskan oleh murid sebelum memasuki sekolah menengah,
Kelima; menjadi alat untuk upacara khatam pada hari perkahwinan,
Keenam; dibahaskan persoalan hukum tajwidnya secara mendalam.
Ketujuh; menjadi slogan rasmi pada hari cuti Nuzul al-Quran,
Kelapan; dijadikan bahan hafazan di Pusat pengajian Tahfiz al-Quran dan
Kesembilan; diperdengarkan di corong pembesar suara masjid dan surau menjelang masuk waktu sembahyang.

Hakikatnya, semua senarai di atas hanya menyentuh aspek luaran pada al-Quran, tanpa menyentuh isi kandungannya. Tidak dinafikan perkara di atas juga penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri, namun tuntutan untuk memahami isi kandungannya, memahami sebab penurunan sesuatu ayatnya, memahami kaitan ayat dengan isu semasa, penjelasan tentang muhkam dan mutasyabihat dan sebagainya adalah jauh lebih penting dan perlu diberikan perhatian yang lebih serius.

Sekiranya al-Quran itu diturunkan hanya untuk tujuan ritual di atas, apa gunanya Baginda Rasulullah SAW dan sahabatnya mengalami segala kesusahan untuk menjamin kesinambungan Islam sehingga terpaksa mengorbankan nyawa dan harta yang cukup banyak? Fikirkanlah bersama-sama.

Sekiranya semua salah faham ini diperbetul dan diubah, barulah kita akan benar-benar dapat mengubah nasib umat Islam kini. Allah Maha Pemurah siap memberikan kita peta atau buku panduan yang boleh membawa kita kepada kejayaan hakiki di dunia dan akhirat.
Namun, oleh kerana tidak benar-benar memahami peta atau buku panduan berkenaan, maka kita sudah tersesat dan tersasar jauh daripada tempat tujuan. Demi untuk sampai kepada tempat tujuan seperti yang dijanjikan oleh Allah, maka panduan Rasulnya perlu dipatuhi secara seratus peratus.


 Setakat manakah kita benar-benar memahami hakikat sebenar kedudukan al-Quran disisi Islam dan bentuk-bentuk penghinaan al-Quran lainnya yang tidak kurang beratnya yang tidak kita sedari? Al-Quran bukanlah sebuah buku atau kitab yang keramat yang perlu disimpan di tempat-tempat tersembunyi, disimpan di tempat-tempat tertutup dan dipulaukan. Namun hakikatnya, al-Quran adalah pegangan paling utama umat Islam di setiap masa dan ketika. Al-Quran perlu difahami isi kandungannya dan dijadikan panduan kehidupan. Di dalamnya penuh dengan hikmah dan ilmu serta jalan petunjuk kepada kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Melalui al-Quran, ALLAH menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya yang perlu dilalui oleh manusia untuk menuju kehidupan yang terbaik dan bahagia. Namun itu tidak lagi diutamakan oleh umat Islam hari ini secara umumnya. Umat Islam hanya meletakkan al-Quran tidak lebih hanya sebagai perhiasan, bahan simpanan di penjuru-penjuru sudut rumah, bahan hantaran perkahwinan, pertandingan bacaan al-Quran, dan hanya diambil sedikit-sedikit sahaja daripada keseluruhannya (seperti surah Yaasiiin yang dibaca disetiap malam Jumaat).

Hakikatnya, al-Quran, adalah lebih dari itu. Namun kita terus alpa tanpa mengambil kira apakah isi kandungan al-Quran yang sebenarnya. Kita tahu al-Quran mengandungi petunjuk dan kebenaran, tetapi apabila ditanya ?petunjuk dan kebenaran yang macam mana??, Kita terdiam dan tidak menjawab. Inilah kelemahan kita. Kita membaca al-Quran dengan penuh asyik dan mendayu-mendayu, namun isinya gagal kita fahami. Kita membaca surah Yaasiiin di setiap malam Jumaat, namun kita gagal untuk memahami isi kandungan surah Yaasiiin tersebut. Ini adalah satu bentuk pengambilan al-Quran dengan cara yang agak tidak bertepatan oleh masyarakat kita. Kita bukan sekadar perlu membaca al-Quran tapi perkara lain yang lebih besar yang perlu kita usahakan ialah memahaminya dengan baik. Itulah yang dituntut apabila al-Quran diturunkan untuk manusia. Bukan hanya semata-mata untuk dilagukan dan dibacakan pada setiap malam-malam jumaat, waktu-waktu kematian, melawat orang sakit, dan majlis-majlis pernikahan atau perkahwinan. Tetapi hakikat tujuan penurunan al-Quran yang paling utama adalah untuk difahami dan dijadikan rujukan kehidupan umat manusia sehingga ke akhir zaman. Inilah satu perkara terpenting yang paling dilupai oleh manusia atau umat Islam hari ini, khasnya di Negara kita.

Di kalangan kaum muslimin kebanyakan orang akan berkata “Alquran adl kitab suci agama kami.” Padahal kebanyakan dari mereka hanya mengetahui sedikit sekali tentang isi Alquran dan apa yg terdapat didalamnya. Tetapi krn mereka hanya mengetahui bagaimana membaca huruf Arab tanpa mengerti artinya sebagian besar para pembaca Alquran ini sama sekali tidak mengetahi apa yg sedang mereka baca dan oleh krn itu mereka tidak dapat menangkap apa yg terkandung di dalam Alquran.

KEWAJIPAN TERHADAP AL-QURAN (OLEH DR.ABDULLAH YASIN)

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَلَا يَزِيْدُ الظَّالِمِيْنَ إِلَّا خَسَارًا . Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. ( Al-Isra’ : 82 )

Pengajaran ayat :

1.    Allah SWT menegaskan dalam ayat di atas bahawa peranan Al-Quran sebagai penawar dan rahmat bagi mukiminin. Selain itu sungguh banyak ayat lain yang menyebut peranan utama Al-Quran sebagai pedoman khasnya bagi orang-orang yang bertakwa ( ذَلِكَ الكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِلْمُتَّقِيْنَ ) : Inilah kitab Al-Quran, tiada keraguan didalamnya, pedoman bagi orang-orang yang bertakwa. Al-Quran juga berperanan sebagai berita gembira ( بُشْرَى ) bagi orang yang beriman. Sebaliknya bagi golongan yang zalim yakni orang kafir dan musyrikin tidaklah menambah kepada mereka kecuali kerugian, sebab di dalamnya penuh dengan amaran bahawa bagi mereka siksaan yang pedih.

2.    Jika demikian peranan Al-Quran, lalu apakah definisi Al-Quran, dan apakah kewajipan mukminin dan mukminat terhadap Al-Quran ? Apakah sekedar untuk dibaca dan dilagu-lagukan saja ? Sebenarnya, ada lima kewajipan kita orang-orang yang beriman terhadap Al-Quran, iaitu : Beriman kepadanya, membacanya, memahaminya, mengamalkannya dan menyampaikannya kepada orang lain. Apakah Al-Quran itu ? Al-Quran ialah : Wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Rasul-Nya yang terakhir Nabi Muhammad SAW melalui mailakat Jibrail dalam bahasa Arab. Adapun lima kewajipan kita terhadap Al-Quran itu adalah sebagaimana berikut :

3.    ( الإِيْمَـــانُ بِهِ ) : Beriman kepada Al-Quran. Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail dalam bahasa Arab sebagai ( هُدًى لِلنَّاسِ ) : pedoman bagi seluruh umat manusia (Al-Baqarah : 185), ia satu-satunya Kitab Samawiy yang tidak boleh dipalsukan hingga hari kiamat ( وَإِنَّـــا لَـــهُ لَحَافِظُونَ ) : Dan Kami pula yang akan memeliharanya. (Al-Hijr : 9) , semua kandungannya meyakinkan dan satupun tidak ada yang meragukan (  لَا رَيْبَ فِيْهِ  ) : Tiada keraguan di dalamnya (Al-Baqarah : 2). Menjadikan Al-Quran sebagai pedoman adalah syarat utama untuk mencapai derjat muttaqin ( هُدًى لِلْمُتَّقِيْنَ ) : Pedoman bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Baqarah : 2)

4.    (  تِلَاوَتُـــهُ  ) : Membacanya. Al-Quran hendaklah selalu dibaca. Penggunaan istilah ( تِلَاوَةٌ ) : membaca, berbeza dengan istilah ( قِرَاءَةٌ ) : membaca. Walaupun kedua-duanya membawa makna yang sama, namun tilawah mempunyai makna lebihan yang tidak terkandung di dalam qiraah. Kalau kita membaca sesuatu, lalu kita mempunyai pilihan, sama ada mahu mengikuti atau tidak, mahu percaya atau tidak, maka bacaan seperti itu disebut qira-ah, seperti membaca majalah, surat kabar, novel dan lain-lain. Tetapi jika kita membaca sesuatu, lalu kita sebagai pembaca tiada pilihan melainkan mesti percaya terhadap apa yang kita baca, kita tiada pilihan kecuali mesti melakukan apa saja yang disuruhnya dan menjauhi apa yang dilarangnya, maka bacaan seumpama itu disebut tilawah. Oleh itu, tilawah adalah istilah khas hanya untuk Al-Quran saja. Atas sebab ini pulalah, maka ulama tafsir selalu mengartikan tilawah dengan makna ( اِتِّبَــاعٌ  ) : mengikuti.

5.    (  الفَهْمُ بِــهِ  ) : Memahaminya. Walaupun Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, namun kita masih mampu untuk memahaminya sebab kini Al-Quran telah diterjemahkan hampir ke dalam semua bahasa dunia. Malahan lebih daripada itu, kita hari ini juga mampu membaca tafsirannya sebab bukan hanya Al-Quran telah ditafsirkan dalam pelbagai bahasa, juga banyak usaha dilakukan untuk menterjemahkan kitab-kitab tafsir dari bahasa Arab ke dalam bahasa Inggeris, bahasa Indonesia hatta dalam bahasa Malaysia, seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Al-Maraghiy, Tafsir Al-Munir, Tafsir Fii Zilal Al-Quran dan lain-lain. Namun demikian, jika kita mampu memahami Al-Quran melalui bahasa asalnya bahasa Arab adalah lebih baik dan sempurna, sebab terdapat beberapa istilah Al-Quran yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa lain, seperti perkataan taqwa dan lain-lain.

6.    ( العَمَلُ بِـــهِ ) : Mengamalkannya. Setelah kandungan Al-Quran difahami maksudnya, maka langkah selanjutnya adalah mempraktikkannya atau mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Para isteri Rasulullah SAW pernah ditanya : Bagaimanakah akhlak atau tingkah laku Rasulullah SAW.? Mereka menjawap  ( كَانَ خُلُقُهُ القُرْآن ) : Akhlaknya adalah Al-Quran (HR Muslim). Maksudnya : Gambaran akhlak dan tingkah laku Rasulullah SAW adalah bagaikan cermin Al-Quran. Segala suruhan Al-Quran baginda laksanakan dan segala larangan Al-Quran baginda tinggalkan. Umat Islam hari ini masih mampu berusaha untuk memiliki akhlak sebagaimana akhlak Rasulullah SAW sebab Al-Quran tidak boleh dipalsukan. Untuk tujuan itu, maka berusaha ke arah memahami kandungan Al-Quran menjadi suatu kemestian.

7.       تَبْلِيْغُهُ إِلَى الآخَرِيْنَ  ) : Menyampaikannya kepada orang lain. Kandungan Al-Quran yang sudah kita fahami dan amalkan wajib disampaikan kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda ( بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً ) : Sampaikanlah apa yang kamu dapati daripadaku walaupun satu ayat. (HR Bukhari). Belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang adalah kerjaya yang sangat baik. Ini seperti sabda Rasul SAW ( إِنَّ أَفْضَلَكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ ) : Sesungguhnya orang yang istimewa di antara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain. (HR Bukhari)

Adakah kita telah melaksanakan kesemua 5 kewajipan terhadap al-quran? Ataupun kita merasakan membaca dan melagukan sahaja sudah mencukupi?

HUKUM BELAJAR BAHASA ARAB

Syekhul Islam Ibn Taymiyyah berpendapat bahawa belajar bahasa Arab adalah wajib.

Istilah wajib tersebut harus kita fahami dengan baik sepertimana yang ulama terdahulu fahami iaitu apabila mereka sebut wajib dalam sebahagian masalah maka masih perlu diketahui bahawa mereka tidak bermaksud dengan fardhu ain sahaja tetapi merangkumi juga fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru, dalam masalah apakah hukum mempelajari ilmu bahasa Arab menurut beliau adalah wajib tetapi tahap 'ain atau kifayah adalah bergantung kepada seseuatu tempat. Jika tidak ada siapa yang memahami bahasa Arab dalam sesebuah tempat maka hukum mempelajari bahasa Arab adalah wajib fardhu 'ain tetapi kalau dah ada yang mahir maka jatuh wajib fardhu kifayah.

Adapun, untuk para ustaz atau mereka yang ingin mengeluarkan hukum tentang agama sudah pasti wajib fardhu ain untuk mereka pelajari bahasa Arab supaya tidak berlaku kesilapan dalam mengeluarkan hukum.

Begitu juga bagi mereka yang mengerjakan solat maka wajib fardhu 'ain mempelajari bahasa arab yang dibaca dalam solat. walaupun tidak secara harfiyyah tetapi secara mafhum.

Begitulah seterusnya.

Akhir kata,al-quran bukan sekadar bahan bacaan tuk dilagukan agar menang dalam pertandingan,tp ia merupakan  petunjuk bg org2 yg benar2 ingin memahami dan menghayati.
( Tips : Belajarlah Bahasa Arab :P)

No comments:

Post a Comment