Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Siapa yg berani mencabar Maha Pengampun dan Maha Pengasih Allah ?
Anas
bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda, Allah Ta'ala berfirman (yang artinya), "Wahai anak Adam,
sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, makapasti Aku
ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam,seandainya
dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Akuampuni, tanpa
Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya seandainyaengkau
mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidakberbuat
syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu denganampunan
sepenuh bumi pula." [HR. Tirmidzi no. 3540. Abu Isa mengatakan bahwa
hadits ini ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih]
Dalam
hadis Qudsi Nabi SAW bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu
dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla
berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya
Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya � dalam riwayat yang lain
ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa
yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa
ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia
mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan
menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.
Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku
telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku
melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun
dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau
mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim
An
Nawawi mengatakan, "Seandainya seseorang berulang kali melakukandosa
hingga 100 kali, 1000 kali atau lebih, lalu ia bertaubat setiapkali
berbuat dosa, maka pasti Allah akan menerima taubatnya setiap kaliia
bertaubat, dosa-dosanya pun akan gugur. Seandainya ia bertaubatdengan
sekali taubat saja setelah ia melakukan semua dosa tadi,taubatnya pun
sah." [Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, 17/75]
Ya Rabb, begitu luas sekali rahmat dan ampunan-Mu terhadap hamba yang hina ini ...
Hadis
ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa, tetapi menceritakan
hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal
mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa. Setiap kali
berdosa, dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampun oleh Allah
s.w.t. Hadis ini memberikan semangat kepada mereka yang telah
bersalah berulang kali untuk terus bertaubat bukan berputus asa dan
terus mengikut jejak langkah syaitan. Walaupun barangkali orang lain
akan menyebut kepadanya �tidak guna kau bertaubat, sudah berapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu�,
namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap
membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih
kepada-Nya.PINTU TAUBAT ITU LUAS DAN ALLAH FAHAM TENTANG PERMASALAHAN
HAMBANYA DALAM HAL TAUBAT.
Ingin ditegaskan tidak ada
satu taubat pun yang tidak diampunkan oleh Allah kerana taubat itu
bermaksud penyesalan manakala Istighfar itu bermaksud meminta ampun di
atas taubat. Contonya jika kita baru sahaja menonton video lucah,
kemudia kita menyesal menontonnya, ia juga dikira taubat. Sebab apa
kita menyesal? Sebab menyesal itu lahir atas anggapan telah membuat hal
dosa dan kita tau perkara itu Allah haramkan. Barulah timbulnya
penyesalan itu. Bilakan masanya taubat diterima? Sabda Nabi:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum
sampai ke halkumnya" (Riwayat al- Tirmizi, Hadith Hasan)
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ
ا
للَّهَ
يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُFirman
Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya),
Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan SEGALA dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dari Umar bin Alkhattab
radhiallahu anhu, katanya: “Kepada Rasulullah disampaikanlah tawanan
perang. Tiba-tiba ada seorang wanita dari golongan kaum tawanan itu
berjalan ketika menemukan seorang anak yang juga termasuk dalam
kelompok tawanan tadi. Wanita itu lalu mengambil anak tersebut lalu
diletakkannya pada perutnya, kemudian disusuinya.
Rasulullah
lalu bersabda: “Adakah engkau semua dapat mengira-ngirakan bahawa
wanita ini akan sampai hati meletakkan anaknya dalam api?”
Kami – yakni para sahabat – menjawab: “Tidak, demi Allah – maksudnya
wanita yang begitu sayang pada anaknya, tidak mungkin akan sampai
meletakkan anaknya dalam api.”
Selanjutnya baginda bersabda:
“Nescayalah Allah itu lebih sayangkan sekalian hamba-hambaNya
berbanding kasih sayangnya wanita ini kepada anaknya.” (Muttafaqun
‘alaih)
Dengan
hujah yang saya susun ini bolehlah digunakan untuk menyangkal tuduhan
agama lain bahawa Islam agama yang ketat dan mudah mendapat dosa.
Sebenarnya tidak ada agama lain yang paling mudah mendapat mengampunan
melainkan Islam. contohnya:
1) Agama Kristian Katolik perlu ke gereja
dan meminta supaya father mengampunkan dosanya dengan memberi bayaran
itu ini.
2) Agama hindu perlu cucuk sana cucuk sini dan menahan dari
makan daging (juga dalam buddha) untuk penghapusan dosa dan penyucian
diri
3) Minta ampun di mana anda berada dan anda akan diampunkan. Akhir
kata janganlah kita menutup pintu taubat dan menyusah-nyusahkan hukum
sedangkan Allah Azzawajalla memberi banyak rahmat dan peluang kepada
hambanya .
. Wallahua'lam.
Manhajku Salaf
"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus
My Mua'llimin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment