Persoalan qada' dan qadar.
Ramai orang
bertanya,"Allah sudah menulis di Luh Mahfuz sama ada kita ini ahli
neraka atau syurga,maka mengapa kita yang harus dipersalahkan atas
perbuatan kita sekiranya kita masuk neraka sedangkan itu yang tercatit
di Luh Mahfuz?"
Allah swt tidak boleh dibandingkan,dan
pengetahuaanya sangat luas dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun
untuk menjawab persoalan ini,m...ari kita buat satu analogi.
Pengetua sekolah telah meminta anda untuk menyenaraikan pelajar yang
dijangka cemerlang dan pelajar yang dijangka gagal dalam suatu
peperiksaan. Anda sbgai ketua kelas yang sudah masak dengan perangai
pelajar2 dalam kelas pun menulis senarai itu.
Tup.. Tup.. Bila
time result keluar,memang betul kesemua yang anda jangka gagal itu
memang gagal. Maka,datang seorang pelajar yang gagal yang tidak berpuas
hati dengan keputusannya untuk mengadu kepada anda.
"Cikgu,macam mana saya nak cemerlang kalau awal-awal lagi cikgu dah
masukkan saya dalam senarai antara yang dijangka gagal ?. Kalau macam
ini,takde gunalah saya berusaha nak jadi cemerlang."
Logikkah kenyataan pelajar itu ?
Persoalannya,siapa yang patut dipersalahkan,pelajar atau guru ?
Hehe,renung2kan dan selamat berfaham
Oleh : Ustaz Emran
Sebuah
hadis sahih menyebut bahawa takdir itu berlaku ke atas hamba-hamba
ALLAH yang telah ditetapkan oleh-NYA. Ia menjadikan segala sesuatu itu
takdir yang berlaku dan sudah tertulis sejak azali lagi.
Namun
begitu, amal dan perbuatan tetap ...diambil kira kerana sesuatu takdir
yang menimpa itu adalah berdasarkan amalan yang dilakukan. Amalan itu
pula berlaku berasaskan takdir yang telah ditentukan.
Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:
"Apakah
pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah
ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Maka dijawab oleh baginda
dengan bersabda: Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada
setiap perkara. Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus
menyerah sahaja? Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab.
Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di
kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan
amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka
dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat
Ahmad, jil. 1, ms. 29).
Sama juga dengan sebuah kisah
yang diceritakan melalui sahih al-Bukhari dan Muslim mengenai protes
Musa a.s kepada Adam a.s. Dan juga dalam riwayat-riwayat lain.
Kesemuanya menunjukkan kepada kita bahawa amal dan takdir itu saling
berkaitan.
Sesuatu takdir yang menimpa seorang itu adalah
berdasarkan perbuatannya di mana yang sudah pun ditakdirkan oleh ALLAH
S.W.T melalui apa yang akan dilakukan dan dia sendiri tidak
menyedarinya.
Maksudnya:
“Di kalangan mereka (manusia) ada yang celaka dan ada yang bahagia.” – Surah Hud: 105.
Kerana
itu orang mukmin dan alim mengetahui dan beriman pada segala takdir
ALLAH S.W.T baik yang suka ataupun yang pahit. Mereka mengerti
kesilapan yang dilakukan itu adalah kerana ditakdirkan dan akhirnya
membawa satu takdir yang wajib diimani.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Bagi
ahli syurga, dipermudahkan supaya mereka dapat beramal dengan amalan
ahli-ahli syurga dan ahli neraka dipermudahkan supaya mereka beramal
dengan amalan-amalan ahli neraka." - Hadis sahih melalui rijal yang
tsiqah (dipercayai) dikeluarkan oleh al-A'jari.
Lalu
mereka (orang mukmin) segera bertaubat dan memohon kepada ALLAH agar
termasuk di kalangan orang yang dipermudahkan amalan kebaikan dan
diredhai lalu dipermudahkan untuk melakukan amalan-amalan soleh yang
membawa kepada takdir yang baik dan diredhai.
Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w kerap membaca doa:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Maksudnya:
“Wahai
tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam
agama-MU.” Seterusnya para sahabat bertanya: Adakah hati itu boleh
dibolak-balikkan? Lalu baginda menjawab: Ya, Sesungguhnya hati-hati itu
berada di antara jari-jari ALLAH dan DIA membolak-balikkannya
sebagaimana yang dikehendaki-NYA.” - Hadis sahih riwayat Tirmizi no.
2140 dan Ibn Majah no.3834.
Bagaimana Menghadapi Takdir yang Pedih, Cara Mendapat Takdir yang Baik serta Menghindari Takdir yang Buruk?
Seseorang
perlu menyedari bahawa sesuatu itu telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T
sejak dia berada dalam perut ibu lagi. Hal itu berlaku kepada
hamba-hamba-NYA.
Ibn Mas’ud r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya
setiap kamu yang mula terbentuk jasadnya dalam perut ibunya selama 40
hari. Kemudian akan menjadi segumpal darah dan kemudian menjadi pula
ketulan daging lalu ALLAH mengutuskan padanya malaikat untuk meniupkan
pada jasad itu akan ruh dan menulis empat perkara: iaitu rezekinya,
ajalnya, amalannya dan pengakhirannya sama ada bahagia atau celaka.
Demi zat yang tiada yang berhak disembah selain-NYA, sesungguhnya
sekiranya ada di kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga
sekalipun sehingga seolah-olah antara dia dan syurga itu cuma sejengkal
namun apabila sudah tertulis bahawa dia di kalangan ahli neraka,
nescaya selepas itu dia akan beramal dengan amalan ahli neraka lalu
masuk ke dalamnya dan tidaklah seseorang itu melainkan beramal dengan
amalan ahli neraka sehingga antara dirinya dengan neraka cuma sejengkal
namun apabila sudah tertulis dirinya sebagai ahli syurga, maka dia
kemudiannya akan beramal dengan amalan ahli syurga lalu masuk ke
dalamnya.” - Hadis sahih isnadnya menepati syarat syaikhan dan
diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Maha suci
ALLAH hanya kepada-NYA kita kembali dan memohon perlindungan daripada
takdir yang buruk serta pengakhiran yang tidak baik.
Sesungguhnya
kita hendaklah berasa bimbang dan takut bahawa kita tidak termasuk di
kalangan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah dan kebaikan.
Berusahalah meminta dan memohon kepada ALLAH S.W.T tanpa henti dan
tangguh supaya dimasukkan ke dalam golongan yang mendapat hidayah dan
takdir yang baik.
Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan berhubung dengan masalah takdir ini:
1) Memperbanyakkan doa dan amalan soleh serta meninggalkan maksiat juga melaksanakan apa yang diperintahkan.
Maksudnya:
“Berkatalah
TUHANmu, berdoalah (mintalah) kepada AKU, nescaya aku akan tunaikan
(makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” - Surah Ghafir: 60.
Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada
suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa.” - Hadis sahih riwayat
Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.
Hendaklah
juga memperbanyakkan amalan soleh seperti sedekah. Hal ini berdasarkan
hadis riwayat Anas bin Malik r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya sedekah itu dapat menyekat kemurkaan al-Rabb (ALLAH)." - Hadis Hasan riwayat Tirmizi no. 664.
2)
Bersabar, bersangka baik terhadap ALLAH, mengharap rahmat-NYA dan tidak
berputus asa dalam menghadapi segala derita yang menimpa. Diiringi
perasaan takut dan harap pada rahmat dan kasih sayang-NYA.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah
kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon (berbaik sangka)
terhadap ALLAH.” - Hadis sahih riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi.
Hal ini disebut dalam hadis riwayat Syuhaib r.a yang menyebut bahawa baginda bersabda:
“Sungguh
menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya
adalah kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan hanya kepada
orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka
jadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia
diuji dengan musibah, maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah
itu sebagai kebaikan baginya.” - Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999.
Maksudnya:
“Bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada TUHAN mereka.”- Surah al-Kahfi: 28.
Maksudnya:
“Mintalah
kamu pertolongan ALLAH dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya hal
itu sangat berat melainkan bagi mereka yang khusyuk.” – Surah
al-Baqarah: 45.
3) Bertawakal kepada ALLAH selepas
berusaha melakukan sesuatu amalan dengan sebaik-baiknya menurut
pertunjuk ALLAH dan rasul serta menyerah kepada takdir ALLAH S.W.T
dengan penuh keredhaan dan lapang dada berserta yakin.
Imam
Tirmizi r.a meriwayatkan dalam sunannya sebuah hadis daripada Abdullah
bin 'Abbas r.a yang berkata: "Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi
s.a.w pada suatu hari dan baginda bersabda:Wahai pemuda sesungguhnya
aku akan mengajar kamu beberapa kalimah (pesanan), iaitu peliharalah
ALLAH (pelihara hak-NYA), nescaya ALLAH akan memelihara kamu.
Peliharalah ALLAH (taati perintah-NYA dan jauhi larangan-NYA), nescaya
engkau akan mendapati DIA akan membantumu. Jika kamu hendak meminta
sesuatu, mintalah kepada ALLAH dan jika kamu hendak memohon
perlindungan daripada sesuatu, pohonlah perlindungan daripada ALLAH.
Ketahuilah jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu
dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada
engkau melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan kepadamu. Jika
seluruh umat berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka
tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah
ALLAH tetapkan buat engkau. Telah terangkat kalam-kalam dan telah
kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian
pesanan).” - Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2516.
Bahkan dalam hadis lain melalui riwayat Anas bin Malik turut disebut bahawa baginda sentiasa membaca doa:
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلىَ الله
Maksudnya:
“Dengan nama ALLAH aku bertawakal hanya kepada ALLAH. ”- Hadis Sahih, riwayat Tirmizi no. 2724.
Firman ALLAH S.W.T:
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH amat mencintai orang-orang yang bertawakal kepada-NYA.” - Surah Ali Imran: 159.
Maksudnya:
“Sesiapa
yang bertakwa kepada ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH akan menyediakan
baginya jalan keluar (daripada kesusahan) dan memberikannya rezeki dari
jalan-jalan yang tidak disangka olehnya.” - Surah Thalaq : 2 - 3.
Manhajku Salaf
"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus
No comments:
Post a Comment