Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water
itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda
terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.
Jika
bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air
dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang
mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang
berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.
Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
IA SUATU FITNAH !!
Subhanallah!
Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam
terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana
kurangnya ilmu maka kisah mengenai Holy water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran
"Dan
janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka
menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya
(kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan)
kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan
pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
berat siksa-Nya." [Q5:2}
JADI HOLY WATER NI APA SEBENARNYA ?
Sebenarnya, Holy water
hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan
diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik
ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian. Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".
Cuba
fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja
dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka
semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water
mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes
terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan
tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.
"...dan
tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu
selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut
ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu
sendiri..." [Q14:22]
Kalau suatu ketika atau
mungkin sehingga masa ini, nama Holy Water (Air Keramat) memang cukup
terkenal sebagai air sihir yang dikatakan dihasilkan oleh golongan
paderi dari kalangan penganut kristian. Sebahagian masyarakat Islam
khususnya dari kalangan orang Melayu pernah menggembar-gemburkan isu air
tersebut (Holy Water) yang dikatakan memiliki kuasa tertentu yang mampu
menjadikan seseorang penganut Islam yang meminumnya murtad dengan
serta-merta akibat dari melupai Allah, gagal membaca syahadah, dan
lantas membenci agama asalnya. Tetapi sebaliknya akan terus berminat
kepada agama kristian dan menganutinya.
Nah! Betapa hebatnya air Holy Water!
Namun
sayangnya, fakta-fakta tersebut telah disangkal sendiri oleh para
paderi kristian sekaligus menafikan kewujudan air sihir yang bersifat
seperti itu. Seandainya ia benar sekalipun, ia tidak akan mampu
memudharatkan umat Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta’la telah
berfirman,
“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak
memberi mudharat dengan sihirnya kepada sesiapa pun, kecuali dengan izin
Allah.” (Surah al-Baqarah, 2: 102)
LOGIK KE?
Sekiranya
Holy Water tersebut benar-benar wujud sebagaimana dikata yang memiliki
kuasa sihir untuk mempengaruhi manusia memeluk kristian, sudah tentu
tidak akan ada orang kristian yang akan masuk Islam. Tetapi itulah
hakikatnya, di mana puluhan ribu manusia penganut kristian boleh memeluk
Islam dengan sukarela saban waktu. Sehingga paderi-paderi mereka pun
ramai yang mendapat hidayah memeluk Islam dan kini giat menjadi
pendakwah yang mengajak orang lain menganut Islam.
HUKUM MINUM HOLY WATER DENGAN SENGAJA.
Dari
segi hukum, jika sengaja kita meminum Holy Water (jika benar2 wujud
sebagaimana yang didakwa) atau apa2 barangan persembahan agama mereka,
ini membawa maksud kita mengiktiraf/menyokong dan membenarkan amalan2
yang datang dari agama Kristian. Perbuatan ini adalah haram. Sabda Nabi
saw :
من تشبّه بقوم فهو منهم
"barangsiapa menyerupai/meniru sesuatu kaum (agama) maka dia adalah sebahagian dari mereka"
Syeikh Ibn Taimiyah rh. telah menyebt didalam buku beliau Iqtidaa' al-sirat al-mustaqim mukhalifat ashab al-jahim:
مشابهتهم في بعض أعيادهم توجب سرور قلوبهم بما هم عليه من الباطل ، وربما أطمعهم ذلك في انتهاز الفرص واستذلال الضعفاء
"Meniru
mereka didalam beberapa upacara/sambutan/perayaan menunjukkan bahawa
seseorang itu membenarkan dengan hatinya mengenai kebatilan amalan dan
kepercayaan mereka, dan memberi harapan kepada mereka bahawa mereka
empunyai peluang untuk memalukan dan menyesatkan yang lemah"
APA YANG HENDAK DITAKUTKAN ?
Bukan ke kita diajar membaca Basmalah/Isti'azah sebelum minum? Amalkannya
sebelum makan & minum; Selagi air tu dah dibubuh cyanide atau apa2 racun
la...insyaAllah tidak akan memudharatkan. Yg demikian jgnlah takut atau
terpedaya dgn cerita2 karut ni..
“Dan
mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada
sesiapa pun, kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Baqarah, 2: 102)
KITA KAN ADA AIR ZAM ZAM. :D
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Ertinya:
Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki."
(Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=156&t=35208&start=0
Wallahua'alam.
Sekian,
wassalam.
Sumber :
http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2008/12/holly-water.html
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/2383-holy-water-hentikan-fitnah-pada-penganut-kristian.html
Dan untuk sambungan " Holy water versi Melayu"
http://an-nawawi.blogspot.com/2008/11/holy-water-versi-orang-melayu.html
Manhajku Salaf
"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus
My Mua'llimin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment