Pernah dapat message sebegini?
SURAT DARI ARAB SAUDI
(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)
Assalamualaikum.
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad (Saudi Arabia)
Pada
suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W.
selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di
datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang
yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam
keadaan yang beriman.
a) Isteri tidak mendengar suami
b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin
c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh
itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam
yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan
tiba di masa bintang terbit dari langit. Sesudah itu pintu matahari
akan turun di atas kepala.
Pesanan Hamba ini
a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.
b) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan
d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan
e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka.
f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.
UNTUK MAKLUMAT
1) Seorang
saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Dia kemudiannya
dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam
perniagaannya. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi
tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu. Maka selang
beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
2) Tan
Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung
dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau
terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain
tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula
wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang
beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet
Perdana Menteri.
3. Pada tahun 1977 Tun Dato'
Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian
mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar
kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat
hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.
4. Zulfikar
Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya
dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah. Seminggu
kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
5. Di
Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini
dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak. Lalu
beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak
mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah Allah ini
paling agung dan tidak ada bandingnya.
6. Di
Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari
orang yang tidak dikenali lalu beliau tidakmengindahkannya. Beliau
mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk
menakut-nakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia
telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat
menyedihkan. Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20
salinan dan diedarkan kepada orang lain. Seminggu kemudian barulah
beliau sembuh sehingga sekarang.
Banyak lagi
contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan
tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana
mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan
menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan
disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima
wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA.
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam.
Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa,
seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas
penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas
di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai
mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino
Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam
usia 54 tahun. Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi
Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara
tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu
Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia
1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi
Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim
Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya
Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi
Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979). Bekas menteri besar Perak
Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah
syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976
setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua
puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau
meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula
kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham
Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa
Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini
adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad
melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap
sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”. (Surat Keputusan
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf
oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya diPekan pada 16 Oktober
1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik
yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W.
serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di
kalangan umat Islam.”. Lagipun,”surat ini menggambarkan
pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai
perawi hadith sesudah kewafatan baginda
Allahyarham Datuk
Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini
“paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja
terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka
taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika
seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum
ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya
ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh
mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim”.
Surat
berantai. Isu lama. E-mail Yang diforward berkali-kali dari e-mail ke
e-mail. Beberapa mesej nampaknya sangat bagus untuk disebarkan. Tetapi,
saya telah melihat satu kerosakan yang berlaku dalam penciptaan surat
berantai.
Dimasukkan unsur-unsur syirik, yang terkeluar dari
syara’, dan disertakan ugutan-ugutan atau ramalan masa hadapan yang
melampau serta tidak berasas.
Saya bangkitkan hal ini, kerana beberapa orang bertanya kepada saya, apakah mesej yang mereka terima itu patut disebarkan?
Dikatakan
penjaga makam Rasulullah bermimpi bertemu baginda SAW, dan baginda
berpesan itu dan ini, kemudian ada ugutan pula di akhir e-mail, siapa
tidak menyebarkannya akan celaka, siapa yang menyebarkannya akan
mendapat sesuatu yang berharga.
Oh pemula/penyebar/yang mempercayai surat berantai, saya hairan dengan sikap kalian.
Perlu ada asas
Saya
tidak menyalahkan surat berantai. Saya menyalahkan surat berantai yang
isinya merapu dan terkeluar dari kebenaran. Malah pada satu tahap
menganggu aqidah.
“Ala, kan baik tu? Nak sebar kebenaran dan
peringatan” Ini alasan yang orang suka pakai, apabila saya tegur secara
personal berkenaan surat berantai yang dia hantar.
Perkara
kebaikan, perlu ada asas yang sohih. Bukan boleh pakai taram sahaja.
Tambah pula jika kita kaitkan dengan nasib seseorang, celaka atau
berjayanya dia. Apakah surat itu punya kuasa tertentu untuk menjadiikan
seseorang celaka atau cemerlang? Saya tidak pernah jumpa sesuatu yang
berkuasa daripada Allah SWT. Hatta Rasulullah SAW pun tidak boleh
memberikan kecelakaan pada seseorang. Apatah lagi makhluk lain, dan juga
sekadar satu e-mail.
Apa asas surat itu?
Adakah sekadar
bergantung “mimpi bertemu Rasulullah”? atau bergantung kepada khabarnya
yang dikatakan disampaikan oleh “Syeikh Ahmad Penjaga Makam Rasulullah”?
Saya
akan terangkan berkenaan mimpi bertemu Rasulullah dalam sub topik yang
seterusnya. Tetapi di dalam sub topik ini, saya ingin bertanya, siapakah
Sheikh Ahmad? Ada sesiapa boleh tunjukkan pada saya orangnya.
Dan
hairannya, dia membawa berita yang sangat besar, sehingga yang tak
sebar akan mengalami kehilangan benda berharga/kecelakaan, yang menyebar
akan mendapat kejayaan, keuntungan, tetapi dia ini tidak pula pernah
disebut oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi ke, Syeikh Wahbah Zuhaili ke,
Sheikhul Akbar Al-Azhar ke. Guru saya yang sangat sangat hebat dalam
pelajaran Aqidah, Dr ‘Ala Hilat atau Ulama’ Jordan Dr Mahmud Malkawi pun
tak pernah sebut dia ini.
Siapa Syeikh Ahmad yang dikatakan bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan memberitahu berita ini?
Silap haribulan, Syeikh Ahmad itu pun hanya rekaan oleh mereka yang memulakan rantaian e-mail.
Bertemu Rasulullah dalam mimpi
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa
yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat
melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan
menjelma dengan rupaku”. { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi :
8690 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6993 , Sahih Muslim : 4 / 2266 . Sunan
Abu Dawud : 4 / 5023 }. – HADIS SAHIH .
Di dalam riwwayat lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar” { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8689, Sahih Al-Bukhari : 12 / 6996 , Musnad Ahmad 5 / 306 , Sahih Muslim 4 / 2267 }.
Ini
adalah dalil yang manusia suka gunakan untuk membenarkan kata-katanya
bahawa dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Kemudian dengan dalil
ini, dia berkata bahawa apa sahaja yang dia sebut, dengan dinisbatkan
kepada Rasulullah SAW adalah benar.
Saya tidak pernah meragui
kebenaran hadith itu. Tetapi saya meragui orang yang menceritakan bahawa
dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Hal ini kerana, sekiranya
apa yang diperkatakan tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah, maka
dia dan mimpinya itu layak saya ragui dan tidak percayai.
Hal ini
kerana, kandungan mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. itu tetap perlu
dipertimbangkan dengan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah. Menurut Dr.
Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya Mauqiful Islam Minal Ilham wal
Kasyaf wa Ra’yu waminat-Tama’im wal Kahanah war-Ruqaa’:
“Seseorang
yang bermimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. dalam tidurnya, lalu Nabi
menyuruh atau melarangnya dari melakukan sesuatu, atau menzahirkan
kecintaan kepada sesuatu atau kepada peribadi atau kepada kumpulan
tertentu atau menunjukkan kemurkaan dan kebenciannya kepada seseorang
atau jemaah atau sesuatu pendirian atau amalan, semuanya ini tidak boleh
diambil kira dan tidak mensabitkan sebarang hukum syarak baik hukum
wajib, sunat haram, makruh dan juga harus atau memberikan ketuanan,
pembebasan mahupun permusuhan. Semuanya perlu dibentangkan terlebih
dahulu kepada syari’at yang sabit lagi maksum. Jika bertepatan ia boleh
diterima tetapi jika sebaliknya yang menjadi hujah tetap syari’at. Mimpi
hanya untuk menggembirakan atau menjinak-jinakkan hati sahaja.”
Tambah Dr Yusuf Qaradhawi lagi : “Perkara
yang hanya dipertanggungjawabkan (taklif) oleh Allah supaya kita
meyakini dan beramal dengannya ialah sesuatu yang diwahyukan kepada
Rasul-Nya semasa hayat Rasul tersebut, bukan berdasarkan kepada apa yang
dibawa oleh mimpi di dalam tidur setelah kewafatannya.”
Allah SWT telah berfirman:
“Pada
hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi
ugama untuk kamu.” Surah Al-Maidah ayat 3.
Islam
sudah lengkap dan sempurna. Maka adalah mustahil Rasulullah SAW akan
mendatangkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam itu sendiri. Apatah
lagi kalau sekadar jumpa ‘orang tua berjanggut putih dan berpakaian
jubah serba putih berpesan itu ini itu ini” Lagilah tertolak.
Menurut Abu Dzar al-Ghifari r.a: “Rasulullah
s.a.w meninggalkan kami dan tidak ada seekor burung yang mengepakkan
kedua sayapnya di udara melainkan baginda menyebutkan kepada kami ilmu
tentangnya.”
Dia berkata: Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak
tertinggal sesuatupun yang dapat mendekatkan seorang hamba kepada
syurga dan menjauhkannya dari neraka melainkan aku telah jelaskan kepada
kamu semua.” [Hadis sahih riwayat al-Tabrani]
Jadi,
boleh ke kita ambil mimpi bertemu Rasulullah sebagai petanda itu dan
ini, sebagai pengkhabaran masa hadapan itu dan ini, sebagai tanda
keuntungan atau kecelakaan itu dan ini, sebagai tanda kesohihan dan
kebatilan itu dan ini?
Tidak boleh. Benar atau salah, buruk atau baik, untung atau celaka, semuanya kita ukur dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Mudah
ceritanya, kalau anda claim, anda bertemu Rasulullah dan Rasulullah
suruh anda buat sesuatu yang tidak ada dalilnya dalam Al-Quran dan
As-Sunnah, maka yang anda mimpikan itu bukan Rasulullah SAW.
Jadi, boleh terima ke e-mail berantai Syeikh Ahmad itu?
Celaka, berjaya, untung, rugi, semuanya ketentuan Allah.
Kenapa
saya katakan surat sedemikian mempunyai kesyirikan di dalamnya? Hal ini
kerana, surat itu berkata bahawa, jika tidak sebar maka akan mendapat
kecelakaan. Jika sebar mendapat keuntungan.
Diceritakan di dalam
surat itu berkenaan beberapa orang yang tidak menghantar dan mereka
mendapat kecelakaan. Ada pula diceritakan yang menghantar/sebar dan
mendapat keuntungan.
Di sinilah syiriknya. Surat memberikan kebaikan? Surat memberikan kecelakaan?
Sesungguhnya,
hanya Allah SWT sahaja yang memberikan itu dan ini. Maka kenapa perlu
diugut kalau tidak disampaikan sesuatu perkara maka akan celaka, kalau
sampaikan mendapat untung?
Hatta kecelakaan yang menimpa orang
yang tidak menghantar surat ini, pada saya bukan kerana surat itu. Itu
hanyalah kehendak Allah SWT yang ingin dia mendapat kecelakaan sebagai
ujian dalam kehidupannya. Yang mendapat untung juga demikian.
Saya
suka nak bertanya, apakah yang mendapat kecelakaan itu, tiada langsung
kebaikan di dalam hidupnya? Apakah yang mendapat keuntungan itu, tiada
langsung kecelakaan did alam kehidupannya?
Jawab.
Saya tak nampak kenapa satu surat boleh memberikan untung celaka.
Jika
demikian, Allah sudah lama mengazab manusia-manusia yang tidak
menyebarkan Al-Quran yang memang 100% sohih. Kenapa Allah nak mengazab
orang yang tak menyebar surat, sedangkan Dia tidak pernah mengazab
direct orang yang tak sebarkan Al-Quran? Kalau yang tidak menerima
kebenaran, tidak melaksanakan tanggungjawab, pun Allah bagi masa hingga
mati, dan pembalasannya adalah pada hari akhirat nanti.
So…
Amacam Surat Syeikh Ahmad dan sekutu-sekutu surat berantai yang agak-agak sejenis dengannya?
Ada back up ke?
Penutup: Orang mudah tertipu. Bangunlah, belajar.
Saya
hairan. Hairan dan sangat hairan. Surat pendek, dalilnya pun tidak
berasas, sekadar berpaut pada ‘mimpi bertemu Rasulullah’, diberitahu
oleh ‘syeikh’ ‘penjaga makam Rasulullah’, ditutup dengan ugutan ‘sebar
untung, tak sebar celaka’, kemudian berbondong-bondong orang sebar.
Yang
artikel-artikel dari blog-blog yang bagus macam SaifulIslam.com,
Zaharuddin.net, dan yang sepertinya tidak ada pula yang semangat nak
jadikan forward mesej. Ayat-ayat Al-Quran yang terang-terang sohih, di
dalamnya ada ugutan, ancaman, keuntungan, keberjayaan daripada Allah
secara direct, tiada pula yang nak buat mesej berantai.
Saya hairan dan sangat hairan. Inilah dia mentaliti sebahagian kita.
Suruh
belajar direct dengan sumber dalil tak mahu. Bila mimpi benda pelik
sikit, mula bising sana sini nak kata itu petanda untuk itu dan ini.
Bila nampak tulisan Allah atas langit, mula cakap itu petanda untuk
sekian-sekian perkara.
Sedangkan, mimpi tidak boleh dijadikan
dalil. Apa-apa perkara ‘menakjubkan’ bukan boleh kita jadikan petanda
itu dan ini, melainkan kita pulangkan kepada kebesaran Allah SWT dalam
menciptakan awan/pokok kaktus/dll berbentuk nama-Nya. Lainlah perkara
‘menakjubkan’ itu ada nasnya, ada penerangannya, untuk dikaitkan dengan
dekatnya hari kiamat dan sebagainya.
Pesan saya, belajar lah.
Kalau kamu bukan pelajar agama pun, rajin-rajin lah sikit buka
Al-Ahkam.net ke, atau tanya mereka yang memang pakar dan dipcercayai
dalam dunia Islam.
Jangan mudah percaya dengan perkara yang tiada asas.
Dan
nasihat ringkas saya pada yang memulakan/terfikir nak
mulakan/sebarkan/terfikir nak sebarkan surat-surat berantai merepek ni,
harap boleh hentikan. Kalau dah terhantar, dah termula, sila cepat-cepat
minta maaf pada orang yang anda hantarkan itu.
Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi ( Ketua Ulama' Sedunia )
Memang
ramai orang yang bertanya tentang wasiat tersebut. Dan sebenarnya
kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi saya telah
melihatnya sejak puluhan tahun lalu. Surat tersebut dinisbatkan kepada
seorang lelaki yang
terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.
Untuk
memastikan kebenaran berita yang disampaikan dalam surat tersebut,
saya pernah menanyakan kepada orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya
mencari informasi mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta
aktivitasnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak ada seorang
pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syekh
Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat yang menyedihkan itu telah tersebar
luas di negara-negara umat Islam.
Wasiat tersebut dengan
segala isinya tidak ada arti dan nilainya sama sekali dalam pandangan
agama. Di antara isi wasiat yang diasaskan pada pendapat Syeikh Ahmad
yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya
hari kiamat.
Masalah berita kedekatan kiamat ini
sebenarnya tidak perlu mengikuti pendapat Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar,
karena Al Qur'an telah mengatakan dengan jelas:
"... boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat
waktunya." (Al Ahzab: 63)
Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:
"Aku
dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini. Beliau
(mengatakan demikian) sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan
jari tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan Sahl bin Sa'ad)
Hal
lain dari isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita sekarang sudah banyak
yang keluar rumah, dan banyak yang telah menyimpang dari agama. Masalah
ini pun sebenarnya
tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi,
karena kita sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah
memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:
"...
Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan
nikmat-Ku atas kamu, dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu ..." (Al
Maa'idah: 3)
Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang
telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang
diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia
meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun.
Isi wasiat tersebut jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut.
Sebab,
pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang yang tidak mau
menyebarluaskannya bahwa ia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya
akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh
seorang manusia
pun (yang normal pikirannya), terhadap kitab
Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang membaca
Al Qur'an harus menulisnya setelah itu kemudian
menyebarluaskannya
kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula
tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Shahih Bukhari harus
menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau
tidak,
akan tertimpa musibah.
Kalau Al Qur'an dan
Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh
khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh
akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.
Kemudian
dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di negeri ini dan ini
karena telah menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki sekian
puluh ribu ringgit. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap
umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta
peraturan Allah terhadap alam semesta.
Untuk memperoleh
rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar
kepada khayalan dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan
usaha untuk menyesatkan dan meyelewengkan akal pikiran umat Islam.
Kita
perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan
percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan
bahwa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat
syafaat dari Nabi saw.
sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat yang batil itu.
Sesungguhnya
syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan
dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadits-hadits sahih
(dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat melalui mimpi; pent.) bahwa
Rasulullah bersabda:
"Orang yang paling berbahagia akan
memperoleh syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah
mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan ikhlas dan lubuk
hatinya." (HR Bukhari)
Kami mohon kepada Allah Azza wa
Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama
mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan
yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai
khurafat, khayalan, dan kebatilan.
Manhajku Salaf
"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus
My Mua'llimin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment