Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata: “Apabila kalian melihat
seseorang berjalan di atas air atau terbang di udara maka janganlah
mempercayainya dan tertipu dengannya sehingga kalian mengetahui
bagaimana dia dalam mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam.”
(A’lamus Sunnah Al Manshurah hal. 193)
Di kalangan umat Islam, konsep wali tidak jauh berbeza dengan apa
yang diyakini oleh agama lain. Wali Allah sering dianggap orang yang
boleh berulang-alik ke Masjidil Haram di Mekah untuk bersolat jamaah,
berzikir di atas laut, mengajar di atas udara dan melakukan
perkara-perkara di luar adat kebiasaan. Berdasar anggapan inilah, wali
Allah sering dijadikan fokus ibadah, tempat mengeluhkan hajat, sumber
bertanyakan hal ghaib, kuasa bagi mengharapkan sesuatu manfaat atau
menolak mudarat dan perantara untuk berdoa. Malah ada yang melampau
sehingga menganggap wali Allah itu lebih mulia dan lebih tinggi
kedudukannya berbanding Rasul dan Nabi Allah. Berdasarkan kedudukan
ini, wali itu mampu membawa ajaran agama yang membatalkan ajaran yang
dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Dalam hal ini saya teringat
kepada kata-kata Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah, di mana
beliau pernah menulis: “Hal penting bagi kita adalah, wali Allah ialah
orang-orang beriman, bertaqwa, bertauhid dan istiqamah. Mereka ialah
orang-...orang yang melaksanakan perintah Allah dan menjauhi
larangan-Nya. Setiap mukmin yang bertaqwa dan istiqamah terhadap aturan
Allah adalah wali Allah. Tidak penting sama ada dia mengetahui hal-hal
ghaib atau mendapat karamah (kemampuan melakukan perkara di luar adat
kebiasaan). Wali Allah bukan sepertimana gambaran orang ramai, kerana
menurut mereka wali ialah orang yang memiliki hal-hal aneh dan kuburan
khusus untuk dia dikuburkan ketika meninggal dunia kelak. Gambaran di
atas adalah mitos yang tidak didukung oleh ilmu dan agama serta tidak
diberi
kekuatan (hujah) oleh Allah. Malah menurut ahli ilmu, karamah bukanlah ciri seorang wali.” [Akidah Salaf & Khalaf, ms. 243-244]
Wali
Menurut al-Qur’an. Jika dirujuk kepada al-Qur’an, wali bukan seumpama
yang diyakini oleh sebahagian umat Islam masa kini. Al-Qur’an
menerangkan:
...“Ketahuilah! Sesungguhnya
wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik)
terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali
Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa
bertakwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di
dunia dan di akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji
Allah, yang demikian itulah kejayaan yang besar.” [Yunus 10:62-64]
Dalam
ayat di atas, Allah s.w.t. menerangkan siapakah wali-wali-Nya. Mereka
ialah orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Orang yang beriman ialah
mereka yang memiliki keyakinan – yakni aqidah – yang tulen terhadap
Allah s.w.t. Bukan aqidah yang dicemari dengan keyakinan agama lain,
falsafah Yunani, teori para pemikir Timur hingga Barat dan adat
setempat. Oleh kerana banyaknya unsur pencemaran ini, kita sentiasa
perlu memberi perhatian kepada ketulenan aqidah agar dengan itu kita dapat menepati ciri pertama menjadi wali Allah.
Ciri
kedua ialah orang yang bertaqwa, iaitu orang yang setiap gerak-gerinya
disusun dengan perasaan takut kepada Allah, pengetahuan diperhati oleh
Allah dan kesedaran bahawa ia akan dibalas oleh Allah. Semua ini akan
menyebabkan dirinya tidak akan melakukan sesuatu ibadah melainkan
dipastikan terlebih dahulu ia dikehendaki oleh Tuhannya, iaitu apa yang
diajar oleh pesuruh-Nya Muhammad s.a.w.. Semua ini juga menyebabkan
dirinya tidak akan melakukan sesuatu amal shalih melainkan nilai
keshalihan itu diukur dengan ukuran Ilahi. Demikian secara ringkas
berkenaan siapa dan bagaimana “wali Allah”.
Berusaha
Menjadi Wali Allah! Berdasarkan penjelasan siapa dan bagaimana
ciri-ciri wali Allah sebagaimana ayat 62-64 surah Yunus di atas, tidak
salah jika dikatakan wali adalah kedudukan yang diusahakan oleh setiap
individu muslim. Ia bukanla...h kedudukan yang dinobatkan oleh orang
ramai, sesuatu pertubuhan atau kumpulan. Di sinilah letak perbezaan
konsep wali antara Islam dan agama lain, antara ajaran al-Qur’an dan
kelaziman masyarakat.
Sesiapa yang berusaha untuk
menjaga ketulenan aqidahnya dan meningkatkan tahap ketaqwaannya, maka
dia seorang wali Allah. Baginya tiada kebimbangan terhadap apa yang
akan datang serta tiada dukacita terhadap apa yang sudah berlaku. Malah
baginya kebahagiaan dunia dan akhirat. Inilah janji Allah bagi para
wali-Nya, maka rugilah sesiapa yang enggan menjadi wali Allah.
Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman:
"Barangsiapa
yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya.
Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku
sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya.
Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan
yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah
mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia
mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan
tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan
dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku
berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan
kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (Riwayat Imam
Bukhari)
AKU NAK JADI WALI ALLAH !!
Manhajku Salaf
"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus
My Mua'llimin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWali Allah dlm Islam memiliki tanda2 keWaliannya berdasarkan Maunah & Karomah yg diZahirkan & diPamirkan secara tak langsung Tapi Maunah & Karomahnya boleh diSaksikan oleh orang ramai & diSahkan oleh para Ulama' akan kebenaran Karomah serta Maunahnya..
ReplyDeleteWali wali seperti ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Melayu sebaik mungkin oleh nenek moyang bangsa Melayu di Nusantara ini buat tauladan anak cucu. Mereka muncul dalam perkembangan Agama Islam di Nusantara ini. Oleh kerana KeAjaiban & keHebatan Maunah & karomah yg diZahirkan oleh mereka TIDAK dapat diNafikam oleh para Ulama'waktu itu, akhirnya mereka diAngkat ke jawatan tertinggi oleh para Ulama' iaitu menjadi Wali Raja yg mana jawatan ini kekal diwarisi oleh keturunan mereka.
Salah satu Contoh; Si Merah Silu, yg asalnya seorang Petualang di Acheh, Sumatra.
Tidak yg Terbang di Udara atau berjalan di atas air ..semua tu boleh berlaku akibat amalan Sihir yg diLakonkan dengan berlagak Alim seperti sentiasa Solat berjemaah (menZahirkan amalan utk menipu org ramai) & sebagainya. Hanya Allah yg mengetahui yg terperinci....