Mungkin
ada yang mengatakan kita sebagai umat Islam berusaha mencari kejayaan
akhirat. Kejayaan dunia adalah perkara-perkara duniawi yang melalaikan.
Tetapi
cuba kita lihat zaman kegemilangan umat Islam dahulu. Mereka memang
betul-betul mencari kejayaan akhirat, maka dunia benar-benar sujud di
depan mereka. Maka mereka menguasai dunia dari segala aspek.
Kita? Adakah kita benar-benar mencari akhirat? Kenapa dunia masih belum sujud didepan kita? Renung-renungkan. Jangan kita menggunakan alas an mengejar akhirat dan meninggalkan dunia, tapi hakikatnya, kita tidak mengejar akhirat atau dunia. Kedua-duanya kita tinggalkan.
Kita? Adakah kita benar-benar mencari akhirat? Kenapa dunia masih belum sujud didepan kita? Renung-renungkan. Jangan kita menggunakan alas an mengejar akhirat dan meninggalkan dunia, tapi hakikatnya, kita tidak mengejar akhirat atau dunia. Kedua-duanya kita tinggalkan.
Saya
bukanlah pengkagum kepada Steve Jobs. Saya lebih mengagumi Nabi kita
Nabi Muhammad saw dan para sahabat. Apalah sangat Steve Jobs jika
dibandingkan dengan 4 Imam Besar Mazhab dan juga Khalifah Umar Abdul
Aziz, saya lebih mengagumi mereka semua berbanding Steve Jobs.
Namun
dunia sekarang memang terasa kehilangan Steve Jobs diatas
kehilangannya. Bagi saya dia boleh dikategorikan antara insan yang
hebat kerana mampu meninggalkan kesan sebagai seorang innovator yang
berjaya.
Sebelum
kita melihat pengajaran yang kita boleh ambil dari Steve Jobs, secara
kesimpulannya beliau adalah insan biasa, sama seperti kita, beliau
bukan anak raja atau anak orang kenamaan. Namun apa yang hebat mengenai
beliau adalah, beliau sendiri yang menentukan kehidupannya. Tidak
menyalahkan orang lain atau keadaan sekeliling, dan kemahiran dan
kelebihan ini yang gagal kita pupuk.
1. Life is what you make it out to be/ Hidup (impian) Adalah Apa yang Kita Mahukan
Kebanyakan
dari kita tidak mengenali Steve Jobs secara mendalam. Kita mungkin
hanya mengetahui bahwa beliau adalah Bos kepada syarikat Apple. Berikut
beberapa fakta mengenai Steve Jobs:
- Dia dilahirkan sebagai anak di luar nikah, kepada pasangan pelajar yang masih lagi menuntut.
- Ibubapanya melepaskannya kepada sesiapa yang ingin mengambil beliau sebagai anak angkat
- Dia kemudian diambil oleh pasangan kelas pertengahan. Ayah angkatnya bekerja membaiki kereta
- Pasangan ibubapa kandung beliau mahukan anak perempuan dan bukannya anak lelaki
- Beliau dibuang kolej setelah menjalani pengajian selama 1 semester
Selepas dibuang kolej, beliau menumpang tidur di lantai rumah kawannya, mengutip botol air Coke untuk dijual, dan mendapatkan bantuan makanan percuma dari kuil Hare Krishn - Pada tahun 1985, beliau dipecat didepan umum, dari syarikat yang beliau asaskan sendiri (Apple), setelah kehilangan kuasa dalam bilik Lembaga Pengarah. (beliau kemudiannya kembali sebagai CEO Apple pada 1997, setelah Apple membeli Syarikat NeXT, kepunyaan beliau)
- Pada tahun 2003, beliau didapati menghidap kanser pancreas yang jarang ditemui. Kemudian beliau hidup dalam pertarungan yang panjang menentang kanser itu sehinggalah beliau menemui ajalnya.
Kebanyakan
dari kita yang tidak mengenali Steve mungkin beranggapan bahwa Steve
mempunyai hidup yang serba serbi lengkap, mewah dan mempunyai kareer
hidup yang terjamin kejayaan didepan mata.
Namun
hakikatnya berbeza, seperti apa yang kita lihat fakta-fakta diatas.
Beliau dilahirkan sebagai anak luar nikah. Ibubapa kandungnya tidak
mahu menjaganya. Beliau telah dipecat dari syarikat yang disuahakannya,
didepan umum dan sangat memalukan. Dan beliau menghidap kanser pancreas
yang jarang ditemui yang mana akhirnya mengambil nyawa beliau.
Kehidupan
beliau bukan selalunya indah, namun beliau tidak menyalahkan setiap apa
yang berlaku dalam kehidupannya. Beliau tidak mahu mengadu atau
menyerah nasib kepada keadaan yang menimpanya, namun beliau cuba
mendapatkan yang terbaik dari apa yang dihadapinya – dengan mencipta
sesuatu yang diimpikannya, dan menjadi CEO kepada syarikat yang paling
bernilai didunia, menjadi billionwan selama beberapa tahun, dan menjadi
orang yang disegani dalam dunia.
Cuba
kita refleksi diri. Jika keadaan hidup kita menghimpit dan menekan
kita, apa yang akan kita lakukan? Adakah kita (a) duduk dan bersedih
mengenainya (b) mengambil apa yang terbaik dari apa yang berlaku (c)
mengambil kesempatan yang ada dan mencipta peluang yang baru darinya?
Kebanyakan dari kita akan melakukan (a) – ini adalah kategori orang
yang suka merengek. Ada yang mungkin memilih (b) – mereka ini bagus,
namun hanya sekadar itu sahaja. Sedikit sahaja yang memilih (c) – ini
adalah pemenang sebenar.
Kita
sebenarnya sentiasa mempunyai pilihan untuk dibuat dalam kehidupan.
Jangan kita menyalahkan diri sendiri walaupun banyak benda dan keadaan
buruk yang berlaku kepada kita sekarang ini, terdapat berates-ratus
lagi orang dikuar sana yang lebih bernasib buruk dari kita. Apabila
kita melonjak diluar dari kemampuan kita, itulah permulaan kepada
kebangkitan kita.
2. Dream big – very big/ Berimpian Besar – Impian yang Sangat BESAR
Sebelum
Apple mula melonjak naik, Microsoft adalah gergasi besar dalam industry
computer pribadi. Sbelum iPod, mp3 player hanya dikenali sebagai mp3
player. Sbelum iTunes, ia kelihatan seperti mustahil untuk sesorang
membeli lagu secara online, di zaman cetak rompak begitu berleluasa.
Sebelum iPhone, Nokia adalah pemacu dalam pasaran handset untuk jangka
masa yang lama. Sebelum iPad, kelihatannya kehidupan kita sudah selesa
dengan PCs dan laptop dan tiada siapa Nampak kepentingan computer
tablet.
Dalam setiap situasi, tiada siapa tahu yang ia boleh berubah menjadi sesuatu yang lebih baik, berbeza dan di luar jangkaan.
Namun
setiap bidang yang dinyatakan diatas telah diatasi oleh Steve Jobs
dengan hasil yang begitu menakjubkan. Setiap produk yang dihasilkan, ia
adalah satu revolusi dan satu perubahan baru yang ditampilkan oleh
Steve Jobs dan pasukannya – dari computer pribadi, mp3 player,
penjualan muzik, handset dan computer tablet.
iPod
menjadi sesuatu yang amat penting dalam kebanyakan cara hidup setiap
orang di seluruh dunia, menjadi sesuatu yang amat sinonim dengan mp3
player dan telah menyebabkan penjualan cd muzik hampir terkubur. iTunes
pula menjaddi pusat penjualan muzik no 1 di US pada tahun 2008, dengan
10 billion lagu telah dimuat turun pada 2010 (setelah baru 7 tahun di
alam maya). iPhone telah mencipta keperluan kepada handset skrin
sesentuh, memcah monopoli Nokia dan telah merubah industry permainan
game dalam handset. iPad2 telah terjual melebihi jumlah jualan
tablet-tablet lain semenjak perasmian jualan iPad pada 2010 dan telah
merangkumi 83% jualan tablet di pasaran US pada 2011.
Kesemuanya
berlaku kerana izin Allah dan juga kerana impian besar oleh Steve Jobs
– melihat sesuatu melebihi jangkauan reality semasa, berfikir di luar
kotak, dan untuk menjangkau suatu inovasi yang belum diterokai oleh
orang lain.
“Here’s to the crazy ones, the misfits, the rebels, the troublemakers, the round pegs in the square holes… the ones who see things differently — they’re not fond of rules… You can quote them, disagree with them, glorify or vilify them, but the only thing you can’t do is ignore them because they change things… they push the human race forward, and while some may see them as the crazy ones, we see genius, because the ones who are crazy enough to think that they can change the world, are the ones who do.” – Apple’s Think Different commercial (#9 on the list)
“Here’s to the crazy ones, the misfits, the rebels, the troublemakers, the round pegs in the square holes… the ones who see things differently — they’re not fond of rules… You can quote them, disagree with them, glorify or vilify them, but the only thing you can’t do is ignore them because they change things… they push the human race forward, and while some may see them as the crazy ones, we see genius, because the ones who are crazy enough to think that they can change the world, are the ones who do.” – Apple’s Think Different commercial (#9 on the list)
Refleksi diri kita:
Bagaimana pula kita dalam menentukan matlamat kehidupan? Adakah kita meletakkan matlamat berdasarkan apa yang telah dicapai oleh orang lain? Atau kita meletakkan matlamat kita berdasarkan apa sebenarnya yang kita inginkan, apa yang hasrrat naluri kita inginkan sebenarnya? Kemudian bagaimana kita mahu melakukannya dan menggoncangkan dunia ini. Apakah impian terbesar dan terhebat kita? Tentukannya dan jom laksanakannya.
Bagaimana pula kita dalam menentukan matlamat kehidupan? Adakah kita meletakkan matlamat berdasarkan apa yang telah dicapai oleh orang lain? Atau kita meletakkan matlamat kita berdasarkan apa sebenarnya yang kita inginkan, apa yang hasrrat naluri kita inginkan sebenarnya? Kemudian bagaimana kita mahu melakukannya dan menggoncangkan dunia ini. Apakah impian terbesar dan terhebat kita? Tentukannya dan jom laksanakannya.
3. The greatest things started somewhere/ Sesuatu Yang Hebat Perlu Bermula Tidak Kira Dimana
Steve
Job memulakan Apple dari garaj ibubapanya, bersama dengan rakan sekolah
tingginya Steven Wozniak. Ia bukanlah suatu tempat yang glamor untuk
permulaan sebuah syarikat teknologi terbesar didunia. Namun syarikat
itu pasti tidak akan wujud jika ia tidak pernah bermula jika faktor
persekitaran wajib diambil kira.
Kita
biasa bertemu dengan mereka yang kerap memberi alas an tidak boleh
melakukan X kerana mereka memerlukan A, B dan C terlebih dahulu. Adakah
semua pra-syarat ini penting atau ia hanya sekadar alas an untuk tidak
memulakan sesuatu? Jika kita selamanya mahu menunggu agar suasana
menjadi sempurna untuk kita bermula, maka bilakah masanya kita akan
bermula? Adakah wujud suasana yang 100% kondusif dan sempurna?
Ustaz
Hasrizal bermula dengan hanya menulis artikel di Wordpress sahaja. Apa
yang ada seperti di laman web beliau sekarang ini adalah jauh dari
jangkauan semasa beliau mula-mula menceburi bidang penulisan di alam
maya. Namun sekarang laman web beliau adalah antara laman web
perkembangan kendiri terbaik di Malaysia. Begitu juga dengan laman web
Ustaz Kapten Hafiz Firdaus, Dr. Zaharuddin dan Dr. MAZA (sekadar
menyebut beberapa personality).
Bagaimana
dengan kita? Adakah kita berani memulakan langkah mencapai impian walau
dengan hanya ruang dan peluang yang kecil? Hakikatnya kita bermula dari
sesuatu baru kita mendapatkan sesuatu yang lain. Setiap perkara yang
hebat bermula dengan impian.
4. Certifications don’t matter/ Sijil atau Kelayakan Bukan Segala-Galanya
“Truth
be told, I never graduated from college. And this is the closest I’ve
ever gotten to a college graduation.” – Steve Jobs, during his address
at Stanford Commencement 2005
“I’m
convinced that about half of what separates the successful
entrepreneurs from the non-successful ones is pure perseverance.” –
Steve Jobs
Steve
Jobs tercicir dari kolej setelah hanya 1 semester mengikuti pengajian.
Taraf pendidikan Steve Jobs hanya setakat sijil sekolah tinggi. Mungkin
dia diantara ramai billionair yang pernah tercicir dari kolej akan
melenyapkan idea tentang kepentingan ijazah dalam kehidupan.
Kita
bukan ingin mempromosi supaya berhenti mengejar segulung ijazah. Saya
sendiri mempunyai segulung ijazah dan adalah hasil produk dari sistem
pendidikan di Negara kita
Apa
yang ingin ditekankan disini ialah, samada kita berjaya atau tidak
dalam kehidupan, ia bukannya bergantung kepada ijazah yang dimiliki.
Diluar sana ramai yang berjaya dalam hidup dan mereka memiliki ijazah.
Diluar sana juga ramai yang berjaya dan tidak memiliki segulung ijazah
pun. Apa yang penting ialah tahap kemahiran kita, sikap dan
kebolehankita dalam mengharungi kehidupan.
Jika
kita sedang dalam proses mendapatkan segulung ijazah sekarang ini, atau
sedang merangka untuk menyambung pengajian, cuba kita amati
semualkenapa kita ingin mendapatkannya dan adakah ia benar-benar bidang
yang kita inginkan?
Untuk
adik-adik di sekolah – Adakah anda menghadiri sekolah hanya semata-mata
untuk mendapatkan sijil yang boleh menjamin kita untuk masuk ke
university? Untuk mereka yang sudah mendapatkan sijil itu – adakah anda
sekarang hanya berlindung di belakang sijil itu dan menggunakannya
sebagai alasan untuk tidak mampu melakukan lebih dari itu?
5. Live every day like it is your last/ Hidup Ibarat Tiada Lagi Hari Selepas Ini
Steve
Jobs adalah seorang yang dikenali sebagai insan yang akan menoptimumkan
sebaik mungkin kehidupannya – setiap hari. Ini terbukti dari beberapa
ungkapan dari mulutnya:
“When
I was 17, I read a quote that went something like: “If you live each
day as if it was your last, someday you’ll most certainly be right.” It
made an impression on me, and since then, for the past 33 years, I have
looked in the mirror and asked myself: “If today were the last day of
my life, would I want to do what I am about to do today?” And whenever
the answer has been “No” for too many days in a row, I know I need to
change something.”
“Being
the richest man in the cemetery doesn’t matter to me. Going to bed at
night saying we’ve done something wonderful, that’s what matters to me.”
“Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose.”
“No
one wants to die. Even people who want to go to heaven don’t want to
die to get there. And yet death is the destination we all share. No one
has ever escaped it. And that is as it should be, because Death is very
likely the single best invention of Life. It is Life’s change agent. It
clears out the old to make way for the new. Right now the new is you,
but someday not too long from now, you will gradually become the old
and be cleared away. Sorry to be so dramatic, but it is quite true.”
Refleksi
diri kita: adakah kita benar-benar mengoptimumkan kehidupan seharian
kita? Atau kita hanya membazirkan kehidupan dengan membiarkan ia
berlalu begitu sahaja? Jika kita ditakdirkan mati pada hari ini, adakh
kita akan mati dengan gembira atau sedih? Apa yang kita akan lakukan
jika kita ingin mengubah kesedihan itu kepada kegembiraan? Apakah
perkara-perkara yang ingin kita lakukan sebelum mati? Bagaimana kita
ingin memulakan pencarian itu sekarang?
6. Stop listening to what others say/ Berhenti Mendengar Apa yangOrang Kata
“Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of other’s opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.” – Steve Jobs, Stanford Commencement Speech 2005
“Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of other’s opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.” – Steve Jobs, Stanford Commencement Speech 2005
Steve
Jobs berhadapan dengan pengalaman yang menarik berkenaan dengan mereka
yang suka mengata. Apabila secara umum beliau telah dipecat dari Apple
pada tahun 1985, beliau telah dibuang dari industry dan dilabel sebagai
seseorang yang berlagak pada mula-mula, tetapi hakikatnya tiada apa-apa
pun yang dihasilkan. Pemimpin-pemimpin dalam dunia perniagaan melihat
beliau sebagai seseorang yang telah berlalu (telah melepasi zaman
kegemilangan).
Tetapi hakikatnya, beliau berusaha untuk kembali dan berjaya dengan kemunculan yang amat mengkagumkan.
Setelah
dipecat, Steve Jobs menubuhkan NeXt, sebuah syarikat yang menyediakan
platform untuk computer. Beliau juga membeli anak syarikat Lucas Film
Ltd, berkenaan computer grafik, yang kemudiaannya dikenali sebagai
Pixar (telah dibeli oleh Disney pada tahun 2006)
“I
didn’t see it then, but it turned out that getting fired from Apple was
the best thing that could have ever happened to me. The heaviness of
being successful was replaced by the lightness of being a beginner
again, less sure about everything. It freed me to enter one of the most
creative periods of my life.” – Steve Jobs, Stanford Commencement
Speech 2005
Pada
tahun 1996, satu kejadian hebat berlaku, Apple, semenjak memcat Steve
Jobs mengalami kerugian yang banyak, telah membeli NeXT kerana mereka
kekurangan aspek platform computer sejak sekian lama. Steve Jobs
kembali sebagai CEO sementara pada 1997, sebelum secara rasmi dilantik
ke jawatan itu pada tahun 2000.
Dibawah
kepimpinannya, Apple telah dibawa kembali dari hampir jatuh muflis, dan
sekarang Apple adalah syarikat terbesar didunia (mengalahkan Microsoft
pada tahun 2011) dari segi modal dan juga keuntungan. Steve Jobs
memegang jawatan itu sehingga pada tahun 2011, dia melepaskan jawatan
itu atas faktor kesihatan.
Apakah tahap kejayaan yang kita boleh berikan kepada Steve Jobs?
Jika
Steve Jobs mendengar kepada kritikan dan apa yang diperkatakan oleh
orang lain ketika beliau dipecat, beliau pasti tidak mencapai apa yang
dicapainya sekarang. Sebaliknya Steve Jobs mendengar kepada kata
hatinya, apa yang dia patut lakukan. Dengan berdasarkan intuisi dari
hati, beliau berjaya mencapai apa yang dicita-citakan – bukan sekali,
tapi banyak kali beliau berjaya.
“People
sometimes have goals in life. Steve Jobs exceeded every goal he ever
set for himself.” - Steve Wozniak, Apple co-founder, on Steve Jobs
Apa
jua impian kita, kita dibenarkan untuk mencapainya. Pedulikan apa orang
kata, mereka hanya menyekat kita dari kehidupan yang kita inginkan.
Dengan mendengar kata-kata mereka hanya membuatkan hidup kita menjadi
baying-bayang mereka, bukannnya kehidupan yang kita sendiri mahukan.
7. Do not underestimate the impact you can have on the world/ Jangan Perlecehkan Peranan Anda Kepada Dunia
“I want to put a ding in the universe.” – Steve Jobs
Steve
Jobs hanyalah seorang individu, namun kita pasti kagum dengan segala
revolusi dalam industry teknologi dan kesan yang besar hasil dari
kerjanya kepada seluruh dunia. Tidak keterlaluan dikatakan iPod,
iPhone, iTunes, iPad dan beberapa gajet lain lagi telah memberi kesan
yang positif kepada jutaan (jika bukan billion) insan seluruh dunia.
Ini semua tidak akan berlaku jika beliau tidak mahu mencapai impiannya.
Begitu juga dengan kita, dunia sedang menanti kita untuk menggegarkannya. Adakah kita sudah bersedia untuk menggoncangkan dunia?
Begitu juga dengan kita, dunia sedang menanti kita untuk menggegarkannya. Adakah kita sudah bersedia untuk menggoncangkan dunia?
“Do
you want to sell sugar water for the rest of your life, or do you want
to come with me and change the world?” — Steve Jobs’ legendary pitch to
John Sculley (then PepsiCo CEO) in 1983, to get him to run Apple
(Sculley later pushed Jobs out of Apple in 1985)
“We’re here to put a dent in the universe. Otherwise why else even be here?” – Steve Jobs
Apakah
perubahan yang ingin kita lakukan terhadap dunia? Apa yang perlu
lakukan untuk memastikan ianya berlaku? Bagaimana kita akan memulakan
revolusi kita, bermula dengan hari ini?
8. Failure only happens when you deem it to be so/ Kegagalan Akan Hadir Apbila Kita Yang Membenarkan Ia
Steve
Jobs telah dipecat dari syarikat yang diusahakannya sendiri. Jika kita
memahami dari sudut norma kehidupan, ia ibarat kegagalan yang paling
teruk. Kebanyakan orang pasti akan berputus-asa, menyembunyikan diri,
dan bermurung untuk jangka masa yang lama.
Tapi
itu bukan Steve Jobs. Seperti yang dinyatakan dalam pengajaran #2, dia
sebaliknya kembali dengan dua syarikat yang hebat NeXT dan Pixar,
diambil kembali oleh Apple, dan menjadikan Apple syarikat teknologi
yang terbesar. Beliau tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha
memeperjuangkan kepercayaannya.
Hakikat mengenai kegagalan ialah kegagalan tidak akan hadir melainkan kita sendiri membiarkan ia hadir dalam hidup kita. Ini bermakna, tidak kira jika kita kehilangan semua duit, menjadi muflis, hilang rumah, mengalami waktu-waktu sukar bertimpa-timpa, namun ia bukan lagi kegagalan. Ia hanya episode-episod sementara yang singgah dalam kehidupan sebelum kita berjaya mencapai impian kita. Kemuncak kepada bila kegagalan itu akan hadir ialah apabila kita mula berputus asa – kerana itulah kegagalan apabila cerita telah berakhir.
Hakikat mengenai kegagalan ialah kegagalan tidak akan hadir melainkan kita sendiri membiarkan ia hadir dalam hidup kita. Ini bermakna, tidak kira jika kita kehilangan semua duit, menjadi muflis, hilang rumah, mengalami waktu-waktu sukar bertimpa-timpa, namun ia bukan lagi kegagalan. Ia hanya episode-episod sementara yang singgah dalam kehidupan sebelum kita berjaya mencapai impian kita. Kemuncak kepada bila kegagalan itu akan hadir ialah apabila kita mula berputus asa – kerana itulah kegagalan apabila cerita telah berakhir.
9. Do what you love/ Buat Apa Yang Kita Suka dan Cintai
“Your work is going to fill a large part of your life, and the
only way to be truly satisfied is [...] to love what you do. If you
haven’t found it yet, keep looking, and don’t settle.” – Steve Jobs
Adakah
hidup ini tidak membenarkan kita melakukan apa yang kita suka? Adakah
apa-apa yang kita suka pasti bertentangan dengan syariat? Berapa banyak
benda diluar sana yang kita suka dan ia tidak bertentangan dengan
syariat. Adakah keterlaluan jika kita mengambil keputusan berhenti dari
kerja yang kita tidak suka, dan mencari pekerjaan yang kita suka dan
selari dengan apa yang kita inginkan? Selagimana kita memberikan yang
terbaik dalam apa yang kita lakukan, dan kita sentiasa memberi melebihi
dari apa yang kita mampu, maka ia hanyalah sekadar masa untuk kita
capai apa yang kita impikan – bukan sekadar impian, malah duit juga
akan kita berjaya perolehi.
Jangan
kita menipu dengan melakukan apa yang kita tidak suka, kerana ia
sebenarnya hanya membazirkan masa kita. Lakukan apa yang kita suka,
kerana itulah erti sebenar kehidupan.
10. Have faith – Never lose hope/ Berpegang Kepada Iman – Jangan Sekali-kali Berputus Asa
“Sometimes
life’s going to hit you in the head with a brick. Don’t lose faith.” –
Steve Jobs, on getting fired from Apple back in 1985
“You
can’t connect the dots looking forward; you can only connect them
looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow
connect in your future. You have to trust in something – your gut,
destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down,
and it has made all the difference in my life.” – Steve Jobs, Stanford
Commencement Speech 2005
Walaupun
berhadapan dengan situasi yang sukar, Steve Jobs sentiasa yakin bahawa
semua itu hanya sementara dan ia akan bertukar menjadi situasi yang
pasti hebat. Itulah pegangan Steve Jobs, dan itulah yang dilakukannya
dalam kehidupan untuk mendapatkan yang terbaik darinya.
Refleksi
diri: Tidak kira seteruk mana pun situasi yang kita lalui, jangan kita
sekali-kali berputus asa. Selagi mana kita terus berusaha, yakinlah
bahawa Allah akan membalas apa yang kita usahakan. Allah itu Maha Adil.
Allah itdak cipta kita didunia ini untuk diseksa dan sengsara, kita
dijadikan untuk menjadi hamba dan KhalifahNYA. Setiap apa yang berlaku
mempunyai sebab, dan ia bergantung kepada kita untuk mengurus
sebab-sebab itu.
11. Outdo yourself – Over, and over again/ Menjangkau Batasan Keupayaan Diri – Cuba dan Terus Mencuba
Walaupun
mungkin ada diantara kita yang tidak pernah mencuba segala gadjet yang
dihasilkan oleh Steve Jobs, namun hakikatnya ramai insan diluar sana
memang ambil peduli tentang model-model keluaran Apple, berbincang
mengenainya dalam forum-forum, dan membeli produk-produk ini berulang
kali (selepas iphone, kemudian iphone 3g, kemudian iphone 3gs, kemudian
iphone 4 dan seterusnya). Samaada faktor kenipisannya, lebih ringan,
kelajuan yang dipertingkat, jangka hayat bateri yang lebih lama atau
kamampuan pelbagai fungsi yang diperhebatkan, kesemuanya adalah
ciri-ciri yang pengguna-pengguna diluar sana rasakan sangat berbaloi
dan bernilai.
“You
can’t just ask customers what they want and then try to give that to
them. By the time you get it built, they’ll want something new.” –
Steve Jobs
“None. It’s not the consumers’ job to know what they want.” – Jobs responding to whether he did market research for the iPad
Apa
yang mungkin menjadi daya penarik kepada Steve Jobs adalah
kesungguhannya mengejar sesuatu yang lebih baik, samaada keluarga dan
kerjaya. Dia kelihatannya telah berjaya di awal kareer dan kerjayanya,
tapi itu semua tidak mematikan niatnya untuk menjadi lebih baik. Beliau
tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai, baginya setiap
apa yang dicapai, pasti ada sesuatu yang lebih baik lagi menanti.oleh
kerana faktor ini Steve Jobs semakin heabt dengan idea inovasinya,
begitu juga dengan Apple, semakin kukuh bertapak dalam industry
teknologi inovasi.
“Innovation distinguishes between a leader and a follower.” – Steve Jobs
Refleksi
diri: Cuba kita lihat diri kita untuk 3-5 tahun kebelakangan ini,
adakah kita sudah berusaha menjangkaui batasan yang kita mampu? Atau
kita hanya sekadar terperuk dengan kejayaan yang sama? Apa yang boleh
kita lakukan untuk menjangkaui batasan kita? Kita hakikatnya adalah CEO
kepada diri kita sendiri. Sejauh mana kita telah berusaha untuk
memajukan syarikat kita (diri kita sendiri)? Apa yang telah kita
rancang untuk kelangsungan syarikat kita (diri kita) untuk beberapa
tahun akan datang?
Kesimpulannya
Mungkin
ada yang mengatakan kita sebagai umat Islam berusaha mencari kejayaan
akhirat. Kejayaan dunia adalah perkara-perkara duniawi yang melalaikan.
Tetapi
cuba kita lihat zaman kegemilangan umat Islam dahulu. Mereka memang
betul-betul mencari kejayaan akhirat, maka dunia benar-benar sujud di
depan mereka. Maka mereka menguasai dunia dari segala aspek.
Kita? Adakah kita benar-benar mencari akhirat? Kenapa dunia masih belum sujud didepan kita? Renung-renungkan. Jangan kita menggunakan alas an mengejar akhirat dan meninggalkan dunia, tapi hakikatnya, kita tidak mengejar akhirat atau dunia. Kedua-duanya kita tinggalkan.
Kita? Adakah kita benar-benar mencari akhirat? Kenapa dunia masih belum sujud didepan kita? Renung-renungkan. Jangan kita menggunakan alas an mengejar akhirat dan meninggalkan dunia, tapi hakikatnya, kita tidak mengejar akhirat atau dunia. Kedua-duanya kita tinggalkan.
Steve Jobs (1955-2011) – A visionary, genius, and legend.
Artikel asal boleh dilayari di sini [islamsolusi.com]
Artikel asal boleh dilayari di sini [islamsolusi.com]
No comments:
Post a Comment