Manhajku Salaf

"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)

"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."

Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin

Friday 17 February 2012

Nak sebar hadith pun salah ke ?

 " Mana awak tahu hadis ini palsu atau lemah ?" " Ni kan perkara baik,apa masalahnya ? Nabi saw menyuruh kita "sampaikanlah dariku walau satu ayat",apa masalah awak sebenarnya "? " Awak ni pakar dalam bidang hadith ke ?" "Hadith palsu pun,tapi ia mengandungi pengajaran yang baik" "Walaupun ni hadith palsu,ia tetap hadith jugak"“Saya cuma nak sebar hadith,salah ke?

Itu merupakan salah satu dialog yang menghujani saya apabila kita mula bertanyakan dari mana asal-usul hadith yang dibawakan.Sebenarnya ramai diantara kita,yang -Alhamdulillah- sukakan kebaikan dan suka pula menyebarkan kebaikan dengan penuh ikhlas dan  mengharap wajah Allah.

Namun terkadang,kerana kekurangan ilmu,serta perasaan semangat yang mendahului ilmu menjadikan kita gopoh dalam menyebarkan sesuatu.Begitu juga dengan hadith-hadith yang disangka hadith tetapi terkadang bukan hadith bahkan suatu pendustaaan terhadap Nabi saw.

Realiti hari ini yang dapat kita lihat dalam facebook,friendster,blog,laman web dan lain-lain lagi jaringan sosial terdapat ratusan ‘hadith’ yang tidak diketahui asal-usulnya,sahih atau tidak. Berhati-hatilah dalam membaca dan menyebarkannya,ingatlah ancaman Nabi Muhammad saw

 Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pendusta yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah. -
 Hadis riwayat Muslim (no.15).

Kita bersangka baik akan ikhlasnya niat mereka menyebarkan berita-berita ini,tetapi harus diingat,matlamat tidak menghalalkan cara.Junjungan Nabi Muhammad saw telah meperingatkan kita agar tidak sekadar sewenang-wenangnya menyebar setiap apa sahaja yang kita dengar(juga merangkumi apa yang kita lihat,atau baca) di dalam sebuah hadith baginda yang mulia:

“Cukuplah seseorang itu dikatakan seorang pendusta, kalau dia menceritakan apa saja yang dia dengar.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).

Dalam Al-Quran Allah swt ada menyebut
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. (an-Nuur: 15)

 
Implikasi menyebarkan sesuatu hadith yang tidak diketahui martabat dan kesahihannya cukup besar.Ia diibaratkan menyandarkan kedustaan atas nama Rasulullah,dan Baginda Sallallahu ‘Alayhi wa Sallam sendiri memberi ancaman terhadap orang yang berdusta atas nama baginda dengan ancaman yang cukup keras:
Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari & Muslim)

Al-Mughirah  berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama orang lain. Karena barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya dari neraka.” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari & Muslim)
Sungguh dahsyat!Bayangkan kita menyebarkan satu ‘hadith’ kerana menyangka ia merupakan kebaikan dan mengharapkan pahala,akhirnya menjadi satu kecelakaan besar buat diri kita!Justeru,tahanlah tangan-tangan dan lisan-lisan kita dari menyebarkan ‘hadith’ yang kita tidak ketahui dari mana asal-usulnya.

Antara sebab terlaknatnya ahli kitab adalah kerana tindakan mereka yang sengaja mengubah, sama ada dengan cara mengurang atau pun menokok tambah isi kandungan kitab samawi yang diturunkan oleh Allah ke atas mereka. 

Perbuatan mereka ini dilihat tidak berbeza dengan sikap sebahagian umat Islam yang gemar memperkatakann sesuatu sebagai sunnah atau sabda Rasulullah s.a.w tanpa disemak terlebih dahulu; apakah benar apa yang mereka katakan itu adalah sesuatu yang benar-benar berasal daripada Rasulullah secara sahih sebagaimana yang diperakukan oleh para peneliti hadith atau sebaliknya. Ini kerana selepas al-Qur’an, al-Sunnah atau al-Hadith Rasulullah adalah wahyu  yang diturunkan oleh Allah ke atas manusia, khususnya umat Islam. Justeru, apabila seseorang mengatakan sesuatu itu sebagai Sunnah nabi atau sabda Nabi walhal ianya tidak bersumberkan daripada baginda maka bererti dia telah menambah sesuatu ke atas wahyu Allah akan apa yang tidak berasal daripada Allah dan Rasul-Nya .


 Jadi apa yang perlu kita buat bila mahu menyebarkan hadith ?

Jangan malu mahupun segan bertanya dahulu kepada orang yang lebih arif akan kedudukan sesebuah hadith jika kita tidak mampu menyemak statusnya.Kita tidak akan sekali-kali rugi dengan berbuat demikian,bahkan ia menepati suruhan Allah di dalam Qur’an.Allah berfirman di dalam surah Al-Anbiya’,ayat 7:

 “…maka bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui.”

Begitu juga dalam Al-Quran Allah swt berfirman di dalam surah Al-Hujraat,ayat ke 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Jika kalian benar mencintai Nabi saw,maka kita perlulah menjaga adab dengan baginda dengan cara menyemak dan memastikan kesahihan sesuatu hadis apabila kita mahu menyebarkannya.

Imam Ibn Hibban  (354H) dalam kitabnya, Shahih Ibn Hibban 1/210 meletakkan satu pasal yang dinamakan oleh beliau sebagai:

فصل: ذكر إيجاب دخول النار لمن نسب الشء إلى المصطفى صلى الله عليه وسلم وهو غير عالم بصحته.

Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Musthafa  (Nabi Muhammad) s.a.w sedangkan dia tidak tahu mengenai kesahihannya.


Janganlah pula kamu mendakwa kamu menerima wahyu seperti kamu hanya berkata tanpa menggunakan nama Nabi,terutama dalam hal2 ganjaran dan perkara ghaib. Sebagai contoh,ada orang sebarkan bahawa
'Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.'
Siapakah yg berhak menilai kelebihan wanita soleh?
Hanya Alllah
Dan Kita hanya boleh tahu melalui al-quran dan sunnah.
Dan,adakah kau mendakwa yg kau telah menerima wahyu?
Atau adakah kau pembawa wahyu ?
Ataupun kau sebenarnya Nabi saw?
Nau'zubillah

Jika anda mempercayai berita2 ghaib dalam hadis-hadis palsu ini,maka anda sebenarnya telah mengingkari firman Allah swt dalam Al-Quran bahawa hanya Allah swt sahaja yang mengetahui perkara-perkara ghaib.

Nasihat untuk diriku dan sahabat-sahabatku

Sesungguhnya agama ini telah sempurna dan ia tidak memerlukan sebarang penambahan dengan pendustaan hadith-hadith palsu,kerana setiap perkataan,perbuatan,dan pengakuan Nabi saw itu berunsurkan wahyu. Sudah ada banyak hadith-hadith sahih dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang tidak sempat kita membaca dan menyebarkannya pun,maka tinggalkan yang meragukan dan ambillah apa yang sudah pasti sahih. Ingatlah ancaman Nabi saw

Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari & Muslim)


Aku tahu niat baikmu..Cuma ,dalam kaedah agama matlamat tidak menghalalkan cara.
Wallahualam.

Artikel ciptaan sendiri yang telah diubahsuai. :)




No comments:

Post a Comment