Adapun para wanita dunia…apakah mereka jika masuk surga akan mendapatkan bidadara sebagaimana para lelaki surga mendapatkan para bidadari??
Manhajku Salaf
"Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."[Bukhari dan Muslim]
“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shohih Muslim)
"aku melihat dunia dulu, baru kenal Islam.. aku percaya Islam lah solusi kepada dunia.."
"amat malang orang yang kenal Islam dulu, baru melihat dunia.. kemudian percaya agama perlu diubah mengikut dunia.."
Kapten HafizFirdaus

My Mua'llimin
Wednesday, 28 November 2012
Saturday, 24 November 2012
Ustaz Google
Saya pernah menulis di dalam status page Facebook saya (facebook.com/afiqmemuslim)
sebelum ini berkenaan dengan orang-orang yang berkongsi sesuatu ilmu
tetapi tanpa sedar telah menyebarkan hadis palsu. Bahananya sangat
dahsyat dan dosanya sangat besar!
Alhamdulillah, ada seorang sahabat yang PM saya baru-baru ini berkongsikan pendapatnya mengenai budaya mencedok ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama dari Google. Saya tidak nafikan, bahkan di Facebook hari ini dibanjiri dengan ramai orang yang menyebarkan apa sahaja yang mereka temui di internet, sehinggakan tersebarnya hadis palsu, kisah palsu, israeliyyat dan bermacam lagi.
Saya sendiri tidak berapa pasti apakah pendekatan yang paling tepat bagi menangani permasalahan ini. Ini kerana di dalam suasana masyarakat hari ini yang 'super' sibuk dengan kehidupan masing-masing, kadang kala apabila mereka memerlukan sesuatu maklumat, mereka hanya mampu mencapai Google atau internet. Untuk menyekat mereka dari mencedok informasi ini dari Google atau Youtube adalah mustahil. Mungkin jalan terbaik adalah dengan menyediakan guidance untuk masyarakat awam yang tidak berlatar belakangkan pengajian agama.

Monday, 22 October 2012
Hukum muzik dalam Islam
Al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Thursday, 18 October 2012
Walaupun usahamu sedikit....... :)
KISAH NABI IBRAHIM: ANTARA BURUNG DAN CICAK
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’
Sunday, 2 September 2012
Paranoid Illuminati dan Freemanson
Perkongsian: Illuminati? Freemason? Paranoid?
Posted By Hilal Asyraf On December 17, 2010 @ 6:51 am In Cetusan, Motivasi, Tazkirah | 25 Comments
Kebelakangan ini, pengetahuan berkenaan Illuminati dan Freemason seakan-akan meledak ke dalam pengetahuan sebahagian besar kita. Lebih-lebih lagi selepas kemunculan rancangan The Arrivals yang popular di internet tidak lama dahulu.
Awalnya, saya nampak positif apabila semua jadi peka dengan pergerakan jahiliyyah. Nampak apabila semua mula sensitif dengan anasir-anasir jahiliyyah yang menular ke dalam kehidupan masyarakat, saya jadi rasa senang hati dengan perkembangan ini.
Sunday, 5 August 2012
9 Isu Mengenai Ramadhan Menurut Sheikh Dr Yusof Al-Qardhawi...
9 Isu Mengenai Ramadhan Menurut Sheikh Dr Yusof Al-Qardhawi...
1. ADAKAH boleh ditetapkan awal Ramadhan melalui kiraan falak?
Dr. Yusof al-Qardhawi menyetujui pandangan Imam Taqiyuddin al-Subki, salah seorang ulama’ mazhab Syafie yang mengatakan bahawa apabila kiraan falak menyatakan kemustahilan dilihat anak bulan dengan pandangan mata, maka persaksian sesiapa yang mendakwa melihat anak bulan akan ditolak.

Wednesday, 1 August 2012
Apa yang Nabi Tidak Buat
Helah
yang masyhur di kalangan mana-mana orang yang menyokong bid’ah
adalah: “Apa yang Nabi tidak buat, tidak semestinya kita tidak boleh
buat.” Mereka juga berkata: “Nabi tak buat tetapi tak kata jangan
buat.” Mereka menambah: “Asalkan ada anjuran dari al-Qur’an dan
hadis maka kita boleh melakukannya.”
Sesungguhnya helah-helah di atas atau apa-apa yang seumpama
merupakan kesalahan yang amat parah. Ia merupakan bukti jelas bahawa
yang mengatakan sedemikian ialah orang-orang yang tidak faham sunnah
dan tidak mengerti kaedah usul di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.
Sebenarnya apa yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
tidak buat, yakni apa yang baginda tinggalkan, terbahagi
kepada beberapa kategori seperti berikut:[1]
Saturday, 21 July 2012
Surat Berantai drpd Penjaga Makam Nabi ? Syrik dan Murtad Menyebarkannya ??!!
Pernah dapat message sebegini?
SURAT DARI ARAB SAUDI
(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)
Assalamualaikum.
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad (Saudi Arabia)
Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
a) Isteri tidak mendengar suami
b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin
c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit. Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.

Holy water la sangat..... ==
Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water
itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda
terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.
Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.
Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
IA SUATU FITNAH !!

Friday, 13 July 2012
Bersikap adil dalam menilai
oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
BERSIKAP
adil terhadap kawan dan lawan amatlah sukar. Namun itulah tuntutan
Islam yang agung ini. Hati manusia biasanya apa berpihak kepada orang
yang disukai, sekalipun dia di pihak yang salah.
Sukar
pula untuk menyokong orang yang dibenci, sekalipun dia di pihak yang
benar. Apabila perasaan tidak terkawal atau berdisiplin dengan ajaran
Islam, maka insan biasanya akan mencari justifikasi untuk membela
kesilapan orang disukainya.
Monday, 25 June 2012
Neraca menilai kesahihan
Sejak akhir2 ini,banyak tersebar hadith yang tidak diketahui asal usulnya,dari internet boleh,dari pak cik google pun boleh,dari surat khabar,majalah,surat berantai,email,sms n banyak lagi la. Sejak bila pulak sumber2 ini menjadi kitab rujukan hadith umat Islam ? = =
Dari mana datangnya semua riwayat kelebihan dan fadhilat ini ? Apabila kita berbicara mengenai kelebihan dan fadhilat amal,perkara2 ghaib dan perkara samiyyat semua ini,ia mestilah datang sama ada daripad al-quran atau hadith,kerana kesemua fadhilat ini Allah yang berikan,dan Allah hanya menyampaikan berita2 gembira tentang fadhilat2 ini melalui quran dan hadith sahaja.
Kalau bukan al-quran atau hadith,ada dua je kemungkinan,sama ada kita mengakui pembawa berita ini nabi atau dia telah terima wahyu daripada malaikat jibril

Thursday, 14 June 2012
Berkenaan Hadith Dhaif
haditsHadits dho’if adalah setiap hadits yang mardud (tertolak) yang
tidak memenuhi syarat hadits
Sunday, 29 April 2012
Sebelum itu,muhasabah la dirimu terlebih dahulu...
Bismillah....
Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?
Wednesday, 25 April 2012
Al-quran di sisi orang Melayu....
Setakat manakah kita benar-benar memahami hakikat sebenar kedudukan al-Quran disisi Islam dan bentuk-bentuk penghinaan al-Quran lainnya yang tidak kurang beratnya yang tidak kita sedari? Al-Quran bukanlah sebuah buku atau kitab yang keramat yang perlu disimpan di tempat-tempat tersembunyi, disimpan di tempat-tempat tertutup dan dipulaukan. Namun hakikatnya, al-Quran adalah pegangan paling utama umat Islam di setiap masa dan ketika. Al-Quran perlu difahami isi kandungannya dan dijadikan panduan kehidupan. Di dalamnya penuh dengan hikmah dan ilmu serta jalan petunjuk kepada kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Melalui al-Quran, ALLAH menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya yang perlu dilalui oleh manusia untuk menuju kehidupan yang terbaik dan bahagia. Namun itu tidak lagi diutamakan oleh umat Islam hari ini secara umumnya. Umat Islam hanya meletakkan al-Quran tidak lebih hanya sebagai perhiasan, bahan simpanan di penjuru-penjuru sudut rumah, bahan hantaran perkahwinan, pertandingan bacaan al-Quran, dan hanya diambil sedikit-sedikit sahaja daripada keseluruhannya (seperti surah Yaasiiin yang dibaca disetiap malam Jumaat).
Siapa berani menghalangmu drpd bertaubat ?
Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Siapa yg berani mencabar Maha Pengampun dan Maha Pengasih Allah ?
Qada' dan Qadar
Persoalan qada' dan qadar.
Ramai orang bertanya,"Allah sudah menulis di Luh Mahfuz sama ada kita ini ahli neraka atau syurga,maka mengapa kita yang harus dipersalahkan atas perbuatan kita sekiranya kita masuk neraka sedangkan itu yang tercatit di Luh Mahfuz?"
Allah swt tidak boleh dibandingkan,dan pengetahuaanya sangat luas dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun untuk menjawab persoalan ini,m...ari kita buat satu analogi.
Pengetua sekolah telah meminta anda untuk menyenaraikan pelajar yang dijangka cemerlang dan pelajar yang dijangka gagal dalam suatu peperiksaan. Anda sbgai ketua kelas yang sudah masak dengan perangai pelajar2 dalam kelas pun menulis senarai itu.
Tup.. Tup.. Bila time result keluar,memang betul kesemua yang anda jangka gagal itu memang gagal. Maka,datang seorang pelajar yang gagal yang tidak berpuas hati dengan keputusannya untuk mengadu kepada anda.
"Cikgu,macam mana saya nak cemerlang kalau awal-awal lagi cikgu dah masukkan saya dalam senarai antara yang dijangka gagal ?. Kalau macam ini,takde gunalah saya berusaha nak jadi cemerlang."

Monday, 27 February 2012
Sepatutnya khutbah begini... :)
Pada Zaman Nabi saw,Nabi berkhutbah dengan bersemangat dgn mata yang kemerah-merahan. Tapi sekarang lagi 'hebat',penyakit itu telah banyak berjangkit pada para makmum,mata mereka juga kemerah-merahan ( mengantuk ).
Tapi,ada satu contoh khutbah yang hebat dan mantap,silakan tonton :D
http://www.youtube.com/watch?v=1NWPznDTtE0
Tapi,ada satu contoh khutbah yang hebat dan mantap,silakan tonton :D
http://www.youtube.com/watch?v=1NWPznDTtE0
Friday, 17 February 2012
Nak sebar hadith pun salah ke ?
" Mana awak tahu hadis ini palsu atau lemah ?" " Ni kan perkara baik,apa masalahnya ? Nabi saw menyuruh kita "sampaikanlah dariku walau satu ayat",apa masalah awak sebenarnya "? " Awak ni pakar dalam bidang hadith ke ?" "Hadith palsu pun,tapi ia mengandungi pengajaran yang baik" "Walaupun ni hadith palsu,ia tetap hadith jugak"“Saya cuma nak sebar hadith,salah ke?
Itu merupakan salah satu dialog yang menghujani saya apabila kita mula bertanyakan dari mana asal-usul hadith yang dibawakan.Sebenarnya ramai diantara kita,yang -Alhamdulillah- sukakan kebaikan dan suka pula menyebarkan kebaikan dengan penuh ikhlas dan mengharap wajah Allah.
Namun terkadang,kerana kekurangan ilmu,serta perasaan semangat yang mendahului ilmu menjadikan kita gopoh dalam menyebarkan sesuatu.Begitu juga dengan hadith-hadith yang disangka hadith tetapi terkadang bukan hadith bahkan suatu pendustaaan terhadap Nabi saw.

Thursday, 16 February 2012
Agama sering menjadi Mangsa
Inilah yang berlaku di seluruh dunia ‘berjubah agama’ tapi
bertujuan sebaliknya. Orang-orang agama ini mendapat gaji dan berjubah
yang jauh lebih hebat dari segala ulama yang terbilang dahulu, tetapi
sekadar berperanan untuk membaca doa yang puitis untuk sang singgahsana
dan mengeluarkan fatwa yang meredhakan penguasa dan raja. Kegerunan
mereka kepada hilang jawatan lebih hebat dari kegerunan mereka
membohongi hukum Tuhan.
Belajar daripada Steve Jobs
Mungkin
ada yang mengatakan kita sebagai umat Islam berusaha mencari kejayaan
akhirat. Kejayaan dunia adalah perkara-perkara duniawi yang melalaikan.
Tetapi
cuba kita lihat zaman kegemilangan umat Islam dahulu. Mereka memang
betul-betul mencari kejayaan akhirat, maka dunia benar-benar sujud di
depan mereka. Maka mereka menguasai dunia dari segala aspek.
Kita? Adakah kita benar-benar mencari akhirat? Kenapa dunia masih belum sujud didepan kita? Renung-renungkan. Jangan kita menggunakan alas an mengejar akhirat dan meninggalkan dunia, tapi hakikatnya, kita tidak mengejar akhirat atau dunia. Kedua-duanya kita tinggalkan.

Wednesday, 15 February 2012
Semak dahulu sebelum sebarkan sesuatu hadis
Apa
jua khabar atau hadis yang diatasnamakan Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihi wa Sallam tidak boleh sewenang-wenangnya diterima tanpa
terlebih dahulu dipastikan status kesahihan atau kebenarannya. Ini bagi
mengelakkan menyandarkan sesuatu kepada Nabi dengan cara prasangka,
dusta, atau bohong yang mana telah kita ketahui setiap apa yang datang
dari Nabi itu memberi nilai agama sama ada dari aspek aqidah, tauhid,
hukum-hakam, akhlak, mu’amalah, dan sebagainya.
Dari itu, siapapun tidak boleh sesuka hati mengatakan sesuatu atas nama Nabi tanpa melalui cara yang benar.
Apa itu Zuhud ?
Apabila disebut tentang org yg zuhud,masyarakat akan terbayangkan seseorang
yang berjubah putih,memegang tasbih,memakai serban dan jalan dengan
menundukkan kepala. Ad juga yg membayangkan pakaian
bercompang-camping,berjahit miskin dan menjauhkan diri drpd orang ramai. Adakah ini maksud orang yg zuhud yang sebenarnya ??
Aku Nak Jadi Wali Allah
Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata: “Apabila kalian melihat
seseorang berjalan di atas air atau terbang di udara maka janganlah
mempercayainya dan tertipu dengannya sehingga kalian mengetahui
bagaimana dia dalam mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam.”
(A’lamus Sunnah Al Manshurah hal. 193)
Himpunan 100 Hadis Palsu & Lemah, Oleh: Syaikh Ihsan bin Muhammad bin Ayis al-Utaibi
Alhamdulillah
tamat himpunan 100 hadis palsu dan dhaif yang dikumpul Syaikh Ihsan
al-Utaibi. Hadis-hadis palsu dan lemah bukanlah setakat 100 ini sahaja,
masih terdapat banyak lagi yang berlegar-legar digunakan/disampaikan
diluar sana. Maka seharusnya kita lebih bijak dan berhati-hati setiap
kali berinteraksi dengan hadis-hadis Nabi. Mempelajari serba sedikit
ilmu hadis tidaklah merugikan malah insyaAllah memberikan manfaat yang
tidak ternilai selain 'mendekatkan' kita dengan Rasulullah s.a.w
Untuk apa anda menuntut ilmu agama ?
Kelahiran
tokoh agama 'segera' yang mengajar agama di surau, masjid dan
sebagainya tanpa mendalami ilmu-ilmu Islam dan disiplin setiap ilmu
adalah berpunca dari niat ingin menzahirkan diri sekalipun mereka tidak
layak. Sebahagian mereka sememangnya mempunyai sedikit pengajian agama.
Namun niat ingin segera muncul di khalayak ramai menjadikan mereka
tergesa-gesa menjadi guru orang ramai sebelum mereka menguasai ilmu.
Maka lahir fatwa-fatwa yang menyanggahi kitab Allah dan sunnah
RasululLah s.a.w.
Subscribe to:
Posts (Atom)